Sunday, November 30, 2014

Sejarah badminton di Malaysia

Seperti kebanyakan sukan yang terdapat pada hari ini, badminton juga mempunyai sejarahnya yang tersendiri.

Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul bulu tangkis ciptaan mereka itu.

Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian masyarakat.

Atas usaha seorang askar Inggeris iaitu Kolonel H.Q. Selby yang bertugas di Karachi, India pada ketika itu, dia telah menubuhkan pasukan Badmintonnya sendiri yang diberi nama ‘Bath Badminton Club’ dan undang-undang permainan dicipta tetapi masih belum sempurna.

Oleh itu, seperti permainan yang lain yang mempunyai badan atau persatuannya sendiri di peringkat antarabangsa untuk menguruskan atau menyelaraskan permainan, pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan dan Presiden pertama ialah Sir George Thomas yang menjawat dari tahun 1934-1955.
BAM mula ditubuhkan

Pada tahun yang sama (1934), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga telah ditubuhkan dan sejak itu, sukan badminton berkembang dan badminton telah menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik pada tahun 1992.

Sejak itu juga, BAM telah berjaya melahirkan beberapa jaguh dalam beberapa dekad ini dan pelbagai pengiktirafan dan kejayaan turut dicapai oleh badan induk itu dengan memenangi beberapa kejohanan besar seperti Piala Thomas dan All England.

Tidak keterlaluan jika mengatakan badminton adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.
Kemunculan keluarga Sidek

Keluarga Sidek dalam arena sukan tanah air bukan sekadar titian menonjolkan imej negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-juta ringgit.

Kemunculan Misbun dan adik-adiknya (Razif, Jalani, Rahman dan Rashid) mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada keberanian Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia.

Imbasan detik kegemilangan 1992 tetap terpahat di benak fikiran pencinta badminton negara apabila melihat Piala Thomas direbut kembali di bumi sendiri dengan menamatkan kemarau suku abad.

Walaupun piala itu hanya bertahan 24 bulan di bumi ini sebelum menyeberang Selat Melaka, namun kenangan sambutan orang ramai yang sanggup bermandi peluh ketika berpusu-pusu menyentuh piala kebanggaan itu yang diarak ke seluruh pelosok negara, masih jelas terbayang.

Selain keluarga Sidek, pemain badminton negara yang terkenal suatu ketika dahulu ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang dan Silvia Ng.

Malah kini, BAM juga berbangga selepas memiliki Datuk Lee Chong Wei yang meraih beberapa kejayaan sekali gus menjadi kebanggaan Malaysia.
Malaysia sebaris pasukan elit

Dari segi badminton, mungkin ia telah mencapai tahap terbaik ketika ini, dan pulangannya ialah kemegahan negara di persada dunia.

Dan sekarang ini, pasukan negara masih dianggap sebagai pasukan disegani sebaris dengan pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark.

Walaupun BAM masih belum mampu mencari pengganti Chong Wei, namun usaha badan induk itu untuk menaikkan nama negara di persada dunia perlu diberikan pujian. 




    Kali Terakhir Merangkul Piala Thomas Pada 1992 Di Stadium Negara
mforum

Monday, November 24, 2014

Penyakit bawaan air

HUJAN lebat yang turun awal bulan ini menyebabkan beberapa daerah di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor ditenggelami banjir. Selain masalah bencana alam itu sendiri yang menyebabkan kerosakan harta benda yang teruk, masalah lain yang mungkin lebih membinasakan tetapi dipandang ringan adalah isu kesihatan.

Banjir adalah punca utama pelbagai penyakit bawaan air seperti demam kepialu, taun, Hepatitis A dan leptospirosis kerana mangsa terdedah dengan air yang tercemar.

Jangan pandang ringan dengan penyakit-penyakit tersebut yang mempunyai simptom biasa seperti cirit-birit dan demam kerana jika lambat dirawat, ia boleh membawa maut.

Walaupun cuaca dikatakan semakin elok dan banjir semakin surut, mangsa masih perlu berhati-hati kerana sumber air yang tercemar dan keadaan persekitaran yang kotor.

Pakar Gastroenterologi dan Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr. Gan Ing Earn berkata, ramai yang mengambil lewa simptom-simptom seperti cirit-birit sedangkan ia petanda keadaan yang boleh menyebabkan maut.

"Apabila mengalami cirit-birit yang teruk, badan pesakit akan kehilangan air yang banyak.

"Ia lalu menyebabkan darah semakin berkurangan ke buah pinggang kerana air diperlukan untuk semua sistem berfungsi lalu keadaan ini menyebabkan buah pinggang rosak.

"Keadaan ini boleh berlaku dengan pantas. Ada pesakit yang baru sahaja cirit-birit selama dua hari dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," ujarnya.

Terang Ing Earn, apa yang penting adalah elakkan makanan dan minuman yang tercemar serta mengutamakan penjagaan kebersihan yang betul.


Sumber

Saturday, November 22, 2014

Jalan Raya Di Pulau Ini Ditutup Setiap Tahun Kerana Ketam

Mesti anda tidak percaya akan tajuk di atas, bukan? Tetapi percayalah kejadian pelik ini benar-benar berlaku di Pulau Christmas, Australia.

Difahamkan lebih 120 juta ketam yang mendiami pulau ini akan memenuhi jalanraya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November. Kenapa? Waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.

Disebabkan kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika ‘melintas’.

Ketam-ketam berwarna merah ini tinggal di habitat kawasan lembab hutan hujan dan akan berhijrah untuk mengawan dan bertelur di perairan pulau tersebut.

Kebiasaannya, ketam merah ini mengambil masa 4 minggu untuk bertelur,sebelum pulang kembali ke habitat asalnya.





mforum

Wednesday, November 19, 2014

120 Buah Basikal Di Dinding Kedai Basikal

Ada kedai basikal di Jerman yang tidak memerlukan ‘palang’ untuk tanda atau promosi kerana kedai itu menggantung 120 basikal di dinding bahagian depan kedai. Kedai bernama ‘Fahrradhof Altlandsberg’ itu milik Peter Horstmann dan Christian Peterson.

Pemasangan Itu bermula ketika mereka didatangi 40 buah basikal dari tukar tambah, dan kakitangan bertanya pada Horstmann apa yang harus dilakukan dengan basikal itu. Jawapannya: “Gantung di dinding”. Awalnya, hanya ada empat puluh basikal, tapi seiring waktu, mereka menambah lebih banyak basikal ke dinding sampai berjumlah 120 basikal.

Menurut Horstmann, cara mereka dalam melakukan promosi itu membantu peningkatan perniagaan “kira-kira 40%”, walaupun pasaran basikal Jerman turun sebanyak 22%.



Sunday, November 9, 2014

5 Jambatan Yang Unik Dan Berpenghuni Di Dunia

Jambatan kediaman atau jambatan yang juga berfungsi sebagai rumah, merupakan salah satu struktur bangun yang unik di dunia. Selain berfungsi sebagai salah satu penghubung satu kawasan dengan kawasan-kawasan lain, jambatan yang satu ini menjadi tempat tinggal komersial (disewa). Jambatan kediaman ada yang sudah dibina sejak abad ke-13, sehingga menjadi daya tarik tersendiri. Berikut kami senaraikan 5 jambatan kediaman di dunia:

1. Ponte Vecchio, Itali


Ponten Vecchio merupakan jambatan tertua yang ada di Florence, Itali. Dipercayai jambatan ini sudah ada sejak zaman Kerajaan Romawi, sebuah sumber menyebutkan bahawa Ponte Vecchio dibina pada 1345 untuk menggantikan jambatan lamanya yang hancur akibat banjir. Baru-baru ini pada abad pertengahan, masyarakat membina rumah di atas Jambatan Ponte Vecchio.
Rumah yang berdiri di atas Ponte Vecchio kebanyakan berupa bengkel dan kedai-kedai seperti kedai daging dan kulit. Pada 1593 Duke Ferdinand I memutuskan untuk menukar fungsi bangunan tersebut menjadi bengkel khusus pemprosesan emas. Kerana gerai dan kedai daging lebih banyak menghasilkan sampah dan mengakibatkan bau tidak sedap. Hingga saat ini Jambatan kediaman Ponte Vecchio dipenuhi oleh kedai-kedai yang menjual aneka cenderamata dan perhiasan.

2. Krämerbrücke, Jerman


Krämerbrücke merupakan jambatan kediaman yang berada di Erfurt, Ibu Kota negara bahagian Thuringia, Jerman. Krämerbrücke menjadi komplek kediaman yang berdiri di atas Sungai Gera, dan menghubung wilayah Benediktsplatz dan Wenigemarkt. Krämerbrücke menjadi jambatan kediaman yang unik di Eropah Utara, wilayah gunung bersalji.
Di atas Krämerbrücke terdapat 32 rumah, yang berdiri di dua sisi jambatan. Dari 32 rumah yang ada semuanya dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan, kecual rumah nombor 15, 20, 24, dan 33. Jambatan Krämerbrücke menjadi daya tarik pelancongan sekaligus landmark Bandar Erfurt.

3. Pont de Rohan, Perancis


Sementara di Perancis terdapat jambatan kediaman Pont de Rohan yang terletak di Landerneau, di wilayah barat laut Perancis. Jambatan yang berdiri di atas Sungai Elorn tersebut diperbaiki pada tahun 1510 oleh bangsawan Jean II de Rohan. Di atas bangunan tersebut terdapat dua kedai, gudang pemprosesan hasil bumi dan sebuah penjara. Saat ini jambatan kediaman Pont de Rohan menjadi daya tarikan pelancong serta landmark bagi Landerneau.

4. Jambatan Dalaman, Bulgaria


Di Bulgaria, jambatan kediaman yang unik berdiri di Bandar Lovech. Struktur jambatan tertutup yang melintasi Sungai Osam itu menghubungkan Kota Lovech lama dan baru. Sebelum menjadi bangunan yang dilindungi bangunan kediaman, jambatan Lovech sebelumnya hampir hancur oleh air banjir pada 1872. Hingga kemudian kerajaan bandar menunjuk seorang arkitek bernama Kolyu Ficheto untuk membina jambatan yang baru.

Dalam pembangunannya Kolyu mengajak masyarakat Lovech untuk bergotong royong, mereka yang berada di level menengah ke bawah bekerja sebagai tukang. Sementara para orang kaya di Lovech bergotong royong mencari dana untuk membeli bahan-bahan mentah dan membayar para pekerja. Jambatan kediaman yang unik ini baru selesai dibina pada 1874. Di atas jambatan sepanjang 84 meter, terdapat 64 kedai. Malangnya, jambatan yang diperbuat daripada kayu tersebut habis terbakar pada 2-3 Ogos 1925. Jambatan yang lebih moden kemudian selesai dibina pada 1931, dengan seni bina yang masih sama seperti karya Kolyu Ficheto.

5. Pont des Marchands, Perancis


Jambatan Pont des Marchands merupakan bangunan bersejarah yang ada di Narbonne, Perancis bahagian selatan. Di atas Pont des Marchands yang menghubungi Canal de la Robine, berdiri bangunan rumah dan kedai-kedai. Walaupun tidak sebesar jambatan kediaman yang sebelumnya, keberadaan Pont des Marchands menjadi daya tarik tersendiri di selatan Perancis.


Sumber mforum

Wednesday, November 5, 2014

Niat,Syarat dan cara mengerjakan solat Jamak&Qasar-Panduan utk para musafir

Menurut Dato Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup Bersyariat bahawa :

Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.

Pembahagian Solat Jamak

Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.

Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.

Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar

Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.

Syarat Jamak Taqdim
Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.Niat jamak pada waktu solat yang pertama.Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Jamak Takhir
Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.
Syarat Qasar
Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Niat Solat Jamak dan Qasar
Jamak Taqdim dan Qasar

Zuhur-Asar
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.

Maghrib-Isyak
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.
Jamak Takhir dan Qasar
Asar-Zuhur
أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.

Isyak-Maghrib
أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.
أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى

“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.
Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar
Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :


Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
Berdiri lurus mengadap kiblat.
Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.




Sumber mforum2

Saturday, November 1, 2014

7 Jenis Perwarna Makanan Yang Perlu Diketahui

1.Carmoisine atau kemerahan

Perwarna ini menyebabkan kanser,alahan dan keracunan makanan.Kod yang biasa digunakan ialah E122

2.Briliant Blue

Dikatakan pewarna jenis ini menyebabkan kanser,kerosakan kromosom,alahan dan hyperaktif kepada kanak-kanak.Kod yang digunakan ialah E133.

3.Tartrazine atau jingga kekuningan

Bahaya pewarna ini menyebabkan kanser,merangsang migrain dan alahan.Kodnya ialah E102.

4.Sunset Yellow

Jelas bahawa pewarna ini menyebabkan kanser kepada manusia.Negara maju seperti Norway,Sweden dan Finland telah mengharamkan penggunaanya.Kod yang digunakan ialah E110

5.Ponceau 4R

Jenis pewarna ini menyebabkan kanser,alahan,lelah dan pembengkakan tisu.Kod yang digunakan ialah E124

6.Amaranth

Namanya sahaja kita sudah tahu bahawa pewarna ini telah memberi amaran bahaya kepada kesihatan.Kod yang digunakan ialah 123

7.Erythrosine atau Red no.3

Ujian yang dillakukan ke atas haiwan didapati menyebabkan tumor tiroid.Selain itu menyebabkan lelah,ruam dan hyperaktif.Kod yang digunakan ialah E127


Sumber; Buku Makan Berbahaya terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang 2002