Monday, September 8, 2014

Kereta kompak baharu Proton dengan wifi Hotspot

PROTON menerbitkan sebuah web baharu untuk kereta kompak mereka yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi, sekali  gus memperlihatkan beberapa perkara yang akan disertakan pada kereta tersebut kelak.

Salah satu perkara yang hadir bersama-sama dengan kereta kompak baharu ini kelak adalah sokongan sistem inforia yang dikemas kini. Ia dilihat membawakan sedikit perbezaan berbanding inforia yang menggunakan Android pada Suprima S sebelum ini.

Ia dilihat menyertakan sokongan peta terbina untuk berfungsi sebagai GPS, selain turut menyertakan beberapa fungsi lain seperti Bluetooth, radio dan pemain media.

Di samping itu,  Proton menekankan yang mana sistem inforia ini boleh digunakan sebagai Wifi Hotspot untuk membolehkan penumpang lain menggunakan internet ketika dalam perjalanan.

Namun, bagaimanakah taliannya akan berfungsi masih tidak diketahui lagi. Mungkin kita akan mengetahui lebih lanjut mengenainya tidak lama lagi.

Selain daripada itu, kereta kompak baharu ini juga akan menyertakan sensor kamera belakang, dan juga sokongan untuk memulakan enjin tanpa menggunakan kunci. - Sumber rujukan: Proton






No comments:

Post a Comment