Zi-heng Wang dan Qian-qian semasa zaman kanak-kanak
|
Adakah anda mempunyai kekasih zaman kanak-kanak? Dalam
banyak kes, kekasih zaman kanak-kanak lebih cenderung untuk menjadi jiran atau
rakan sekolah.Dimana kita menghabiskan
banyak waktu untuk bermain. Dan sesetengah apabila dewasa mungkin membawa
haluan masing-masing.
Walau bagaimanapun, takdir adalah satu perkara yang misteri.
Jika anda ditakdirkan untuk satu sama lain,mungkin anda akan bertemu antara
satu sama lain walaupun selepas berpisah
selama 18 tahun selain, seperti pasangan kekasih ini!
Zi-heng Wang dari Henan Province, China, bertemu cinta
pertamanya ketika dia berusia enam tahun. Gadis tersebut yang merupakan jiran
sebelah rumahnya iaitu Qian-qian. Mereka sering bermain bersama-sama semasa
kecil.
Pada usia enam tahun, dia memberitahu ibunya bahawa dia
bertekad untuk berkahwin Qian-qian apabila dia membesar.
Seperti banyak kisah-kisah zaman kanak-kanak, Wang dan
Qian-qian terputus hubungan apabila keluarga Wang berpindah. Namun mereka kembali
bertemu selepas 18 tahun dan mencetuskan kembali perasaan cinta dalam hati
mereka.
Di usia 24 tahun-pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan pada 7 September tahun ini.Menariknya mereka turut merakamkan detik indah diatas
jambatan yang pernah datang sewaktu zaman kanak-kanak dahulu.-Sumber citifmoline
Mereka kembali ke jambatan yang sama untuk merakamkan gambar perkahwinan |
No comments:
Post a Comment