Menurut Dato Ismail
Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup
Bersyariat bahawa :
Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan
dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada
asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada
maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4
rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2
rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat
qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah
(60 batu) atau lebih 90 KM.
Pembahagian
Solat Jamak
Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada
waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur
dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada
waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.
Jamak
Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar
dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu
asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan
solat jamak takhir.
Hikmah
dan Hukum solat Jamak dan Qasar
Hikmah solat Jamak dan Qasar
adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang
yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami
masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan
sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat
Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi
orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak
dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk
mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi
masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu
buatpun tidak menjadi masalah.
Syarat
Jamak Taqdim
Solat
pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.Niat jamak
pada waktu solat yang pertama.Berturut-turut antara solat yang
pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain
dari solat.Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya
tidak batal.Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat
Jamak Takhir
Berniat
untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk
waktu solat pertama.Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua
solat.
Syarat
Qasar
Musafir
hendaklah tidak bertujuan maksiat.Perjalanan tidak kurang dari dua
marhalah.Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak
sahaja.Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.Tidak boleh berimam
orang yang solat penuh (sempurna).Berkekalan perjalanan sehingga
sempurna solat.Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat
qasar.
Niat
Solat Jamak dan Qasar
Jamak
Taqdim dan Qasar
Zuhur-Asarأصلي
فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر
أداء لله تعالى
“Sengaja
aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan
kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.أصلي
فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر
أداء لله تعالى
“Sengaja
aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada
zuhur tunai kerana Allah Taala”.
Maghrib-Isyakأصلي
فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء
أداء لله تعالى
“Sengaja
aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai
kerana Allah Taala”.أصلي
فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب
أداء لله تعالى
“Sengaja
aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada
maghrib tunai kerana Allah Taala”.Jamak
Takhir dan Qasar
Asar-Zuhurأصلي
فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر
أداء لله تعالى
“Sengaja
aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan
kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.أصلي
فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر
أداء لله تعالى
“Sengaja
aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada
asar tunai kerana Allah Taala”.
Isyak-Maghribأصلي
فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه
المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja
aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan
kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.أصلي
فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء
أداء لله تعالى
“Sengaja
aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai
kerana Allah Taala”.
Cara
Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar
Di
sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar
berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas
Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
Solat zuhur dan asar
itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir
hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
Berdiri lurus mengadap
kiblat.
Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim
dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu
terakhir.
Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat
sehingga selesai memberi salam.
Kemudian berdiri semula untuk
mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
Berniat untuk mengerjakan
solat asar secara jamak takhir.
Kerjakanlah solat asar sebanyak
dua rakaat sehingga selesai.
Kalau qasar jamak taqdim atau jamak
takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat
maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut
qasarnya.
Sumber mforum2
No comments:
Post a Comment