Friday, January 2, 2015

Lapangan Terbang Antarbangsa Mexico City

Sir Norman Foster ialah arkitek yang ternama dan di Malaysia beliau mereka Universiti Teknologi Petronas. Rekaan terbaru beliau ialah untuk Lapangan Terbang Antarabangsa Mexico City. Ianya diilhamkan oleh jata negara Mexico iaitu seekor helang yang menyerang seekor ular. 

Bagi menjimatkan penggunaan elektrik, siling lapangan terbang gergasi seluas 555 000 meter persegi ini diperbuat daripada kaca. Ia akan mempunyai 95 pintu pelepasan dan direka untuk kekal releven sehingga 50 tahun dari sekarang. Pembinaan lapangan terbang baru ini dijangka siap seawal 2018. 



No comments:

Post a Comment