SEREMBAN: Selepas
berminggu-berminggu spekulasi, Kementerian Pendidikan mengesahkan
bahawa pelajar yang akan menyambung pengajian ke Tingkatan Enam
dibenarkan memakai pakaian tradisonal atau pakaian lain, sebagai
sebahagian daripada kod pakaian baharu bermula musim persekolahan
yang akan dibuka dua minggu lagi.
Mereka
juga akan dibenarkan untuk memakai baju batik ke sekolah, di bawah
langkah kementerian untuk "menjenamakan semula" Tingkatan
Enam.
Ketua
Pengarah Pendidikan, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata,
sekolah tidak lagi boleh mengarahkan pelajar Tingkatan Enam supaya
memakai pakaian mengikut standard.
Pelajar
lelaki juga akan dibenarkan memakai baju dan seluar berwarna cerah
dan seluar ke sekolah tetapi tidak boleh mempunyai corak bunga atau
rekaan lain.
"Walaupun mereka bebas untuk memilih warna baju mereka, tetapi ia perlu pastikan tidak mempunyai corak. Namun baju yang bercorak belang atau berpetak dibenarkan," katanya mengenai arahan itu kepada semua sekolah.
Walaupun
tidak dinyatakan di dalam arahan itu, pelajar masih lagi boleh
memakai uniform.Panjang
seluar yang dipakai juga perlu melebihi buku lali dan tidak ketat.
Pelajar juga dibenarkan memakai tali pinggang tetapi saiz 'buckles'
tidak boleh melebihi 5 sentimeter.
Dr
Khair berkata, walaupun kelonggaran di bawah peraturan baru, pelajar
dilarang daripada memakai mana-mana pakaian yang diperbuat daripada
bahan denim.
Beliau
berkata selain baju kurung, pelajar perempuan juga akan dibenarkan
memakai seluar panjang. Mereka juga akan dibenarkan memakai blaus
berlengan, gaun labuh, skirt yang melebihi paras lutut.
Manakala
seluar jeans, seluar kargo, seluar pendek dan celana ketat tidak
dibenarkan.
"Pelajar-pelajar
tidak dibenarkan memakai kemeja-T apabila mereka datang ke kelas,"
katanya sambil menambah bahawa pelajar perempuan tidak dibenarkan
memakai pakaian ketat.
Pelajar
lelaki dikehendaki memakai kasut dan stoking manakala perempuan hanya
boleh memakai kasut yang menutupi kaki mereka.Selipar,
terompah atau sandal tidak dibenarkan.
Bagi
aktiviti luar, pelajar digalakkan memakai seluar panjang atau seluar
trek dan kemeja-T lengan panjang atau pendek.
"Kemeja-T
yang dipakai tidak boleh mempunyai imej politik, ganas, kesat atau
apa-apa yang dianggap negatif," katanya.
Casino Games | Dr.MCD
ReplyDeleteFor the ultimate 양산 출장마사지 player experience, join the casino floor today. This exciting experience is 밀양 출장마사지 available for all major providers. Get your hands on our 목포 출장안마 online What are the best online slots sites?Where can I play online 원주 출장안마 slots for real 나주 출장샵 money?