Sebuah
keluarga yang terselamat dalam nahas kapal terbang TransAsia di
Taiwan semalam sempat melakukan penukaran tempat duduk sebelum
berlepas.
Pasangan
Taiwan dan anak mereka yang berusia dua tahun mereka telah meminta
untuk berpindah dari sebelah kiri ke sebelah kanan tempat duduk
selepas lelaki tersebut telah 'mendengar bunyi dari sayap kapal
terbang itu.Lelaki yang dikenali dengan nama Lin itu merasa tidak
selesa selepas mendengar bunyi itu.
Anak
bongsu pasangan itu merupakan salah satu daripada empat kanak-kanak
yang berjaya diselamatkan dari bangkai itu. Kanak-kanak itu dilihat
dibawa keluar dari sungai itu semalam.
Menurut
pasangan itu mereka melihat anak mereka terapung di dalam air selepas
kemalangan itu. Bagaimanapun Lin segera bertindak memberinya
CPR sebelum pasukan penyelamat tiba.
'Selepas
Lin berjaya keluar dari kapal terbang itu, dia segera menarik
isterinya ke atas. Dia juga melihat anaknya di dalam air, dengan muka
pucat dan bibir bertukar ungu.
Media
melaporkan juruterbang dan pembantu juruterbang merupakan antara yang
terkorban bagaimanapun telah berjuang bermati-matian untuk mengemudi
pesawat yang terbang di antara blok apartmen dan bangunan komersial
berhampiran dengan lapangan terbang Songshan Taipei sebelum terhempas
ke dalam sungai.
Pegawai
penyelamat berusaha untuk mencari 12 orang yang masih hilang pada
hari Khamis lebih daripada 24 jam selepas kemalangan itu, yang
mengorbankan sekurang-kurangnya 31 orang. Terdapat 15 mangsa berjaya
dikenali.
No comments:
Post a Comment