Wednesday, February 4, 2015

Suasana Cemas Saat Enjin Kapal Terbang Gagal Berfungsi

Satu video yang sempat dirakam oleh penumpang pesawat JetBlue menunjukkan keadaan pesawat selepas salah satu enjin kapal terbang gagal berfungsi.Menerusi video yang dirakam menunjukkan penumpang memakai topeng oksigen selepas salah satu enjinnya tidak berfungsi dan suasana kabin juga dipenuhi dengan asap
Penumpang meluahkan kekeliruan apabila mereka diselubungi oleh asap dan seorang kanak-kanak kendengaran meraung di belakang, tetapi semua orang dilihat cuba bertenang dan bersedia untuk pendaratan kecemasan.

Arahan memakai topeng oksigen dikeluarkan ke atas penumpang selepas kegagalan enjin berlaku pada penerbangan JetBlue dari Long Beach, California, untuk Austin, Texas, pada Khamis.
Pesawat berkembar enjin Airbus A320 itu membawa 142 penumpang dan lima anak kapal. 

Tidak lama kemudian, juruterbang mengumumkan bahawa pesawat telah mengalami kerosakkan enjin dan enjin telah 'ditutup'.

Juruterbang memberitahu penumpang untuk kekal di tempat duduk mereka sementara pesawat kembali ke Lapangan Terbang Long Beach di pinggir bandar Los Angeles.

Penumpang dipindahkan ke landasan menggunakan slaid kecemasan pesawat.

Jurucakap Lapangan Terbang Cassie Perez-Harmison berkata tiada siapa telah cedera semasa pemindahan tersebut, tetapi tiga orang telah dibawa ke hospital untuk pemerhatian.
Juruterbang mengisytiharkan kecemasan apabila kokpit menerima 'amaran panas yang melampau' pada enjin.

klik gambar untuk besarkan image


klik gambar untuk besarkan image

klik gambar untuk besarkan image

klik gambar untuk besarkan image

No comments:

Post a Comment