SEREMBAN: Selepas
berminggu-berminggu spekulasi, Kementerian Pendidikan mengesahkan
bahawa pelajar yang akan menyambung pengajian ke Tingkatan Enam
dibenarkan memakai pakaian tradisonal atau pakaian lain, sebagai
sebahagian daripada kod pakaian baharu bermula musim persekolahan
yang akan dibuka dua minggu lagi.
Tuesday, December 23, 2014
Wednesday, December 17, 2014
10 Negara Paling Kaya Di Dunia
Ekonomi
global masih bergolak, namun beberapa negara ternyata dapat
melaluinya dengan cukup baik. Bahkan tercatat sebagai negara terkaya
dunia. Seperti yang sedia maklum bahawa Amerika Syarikat adalah
negara terkaya dunia, diikuti China, Jepun dan lainnya. Ianya di ukur
berdasarkan Ekonomi Nominal PDB (Pendapatan Domestik Bruto), PNB
(Pendapatan Nasional Bruto) dan banyak lagi.
Sunday, December 14, 2014
Gambaran artis Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim
SHAH ALAM: Cadangan
pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dilihat bakal mengubah
landskap ekonomi negeri Kedah, daripada negeri yang berorientasikan
pertanian kepada sebuah negeri industri.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata kerajaan negeri juga merancang membangunkan beberapa kawasan di negeri itu sebagai taman teknologi dan perindustrian.
"Antara kawasan yang dikenal pasti ialah Bandar Baharu untuk dibangunkan sebagai 'Kedah Medical City' bagi menempatkan pelbagai industri berkaitan perubatan di satu kawasan.
"Selain itu, kawasan berhampiran cadangan tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim pula akan dibangunkan dengan industri 'aerocity' bagi menghimpunkan semua industri berkaitan penerbangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi perjumpaan santai bersama kira-kira 300pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berasal dari Kedah, di sini, malam tadi.
Justeru, beliau menasihati para pelajar, terutama yang berasal dari Kedah, supaya bersedia dengan ilmu dan kemahiran yang secukupnya untuk memanfaatkan peluang pekerjaan yang tersedia kelak.
Kerajaan Kedah bercadang membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di kawasan seluas kira-kira 6,000 hektar di Kulim, membabitkan perbelanjaan kira-kira RM1.6 bilion.
Kementerian Pengangkutan masih mengkaji cadangan pembinaan lapangan terbang berkenaan.
- BERNAMA
Saturday, December 6, 2014
Kesan Gula
Kandungannya perlu dikawal
dalam makanan
Pakar kesihatan terkemuka Jerman menyarankan amaran merokok tidak baik untuk kesihatan sepatutnya turut sama digunakan bagi makanan dan minuman bergula.
Pakar kesihatan terkemuka Jerman menyarankan amaran merokok tidak baik untuk kesihatan sepatutnya turut sama digunakan bagi makanan dan minuman bergula.
Monday, December 1, 2014
Arnab Angora - Diternak Kerana Bulu
Sekali pandang nampak macam
gula - gula kapas. Gebu. Itulah arnab Angora. Apalah makanan diberi
hingga hingga jadi begitu sekali. Tapi ternyata, spesies ini memang
wujud dan berasal dari Angkara, Turki. Menurut rekod, arnab Angora
sangat popular sekitar abad ke-18 dan menjadi haiwan kesayangan
keluarga diraja. Kemudian, barulah ia tersebar ke serata Eropah
sebelum masuk ke Amerika Syarikat sekitar abad ke-20. Sama seperti
haiwan lain, arnab Angora terbahagi kepada beberapa baka
tersendiri.Empat jenis baka diletakkan di bawah Persatuan Baka Arnab
Amerika (ARBA). Antaranya baka English, French, Giant, & Satin.
Selebihnya adalah baka German, Chinese, Swiss, Finnish, Korea &
St. Lucian. Arnab Angora juga dipercayai spesies arnab tertua di
dunia.
Cara penjagaannya juga mudah. Mereka tidak memerlukan sebarang vaksin tambahan & juga tidak memerlukan makanan yang mahal. Hanya diberi rumput sudah memadai. Bagaimanapun, anda perlu menjaga bulunya dengan baik, & cermat supaya kelihatan kemas, bersih & terjaga rapi. Untuk mengelakkan bulunya tampak kusut, kerinting atau bergumpal, pemilik selalunya akan menyikat bulu arnab tersebut 2 minggu sekali. Dengan menggunakan berus gigi biasa atau berus khas, bulu - bulu arnab akan kelihatan lebih bersinar jika kerap didandan.
Arnab Angora bukan diternak sebagai haiwan peliharaan, ia juga diternak kerana bulunya. Bagi industri pembuatan pakaian, bulu arnab Angora dikategorikan sangat lembut & bersinar seakan-akan sutera. Dari segi diameternya, ia dikatakan 0.0011cm lebih halus dari bulu kambing Kashmir. Selalunya, bulu mereka akan dicukur 4 bulan sekali. Apabila musim tersebut, arnab akan menunjukkan tanda-tanda bulu matang. Antaranya bulu gugur, mudah tercabut apabila disikat & arnab akan termakan bulunya sendiri. Ketika itu, proses mencukur perlu dilakukan segera. Biasanya, proses ini dilakukan dengan mencabut, mencukur atau menyikat dengan alatan khas. Kemudian, bulu-bulu tersebut akan diletakkan di tempat khas & disusun selari bagi mengelakkan ia berada dlm keadaan kusut. Jika berselerak, kualitinya berkurangan.
Jika anda gagal menguruskan bulunya dengan baik, serta membiarkan bulu-bulunya gugur tanpa pembersihan, berkemungkinan besar arnab ini akan mati. Sama seperti kucing, arnab sangat gemar menjilat bulunya sendiri. Bagaimanapun, apabila tiba proses mengutip bulu, mereka secara tidak sengaja akan menelan mana-mana bulu yg gugur. Berbeza dgn kucing, mereka boleh memuntahkan kembali. Tetapi tidak bagi arnab Angora kerana mereka menelan sedikit demi sedikit. Apabila bulu sudah memenuhi perut, mereka akan menjadi kenyang sepanjang masa & tidak lagi menjamah makanan mahupun minuman.Ini kerana bulu yg masuk ke dalam perut tidak akan hadam sama sekali. Maka secara tidak langsung, ia akan menyumbat saluran usus & menggangu kesihatan arnab dan akhirnya mati.
Sumber

Subscribe to:
Posts (Atom)