Ekonomi
global masih bergolak, namun beberapa negara ternyata dapat
melaluinya dengan cukup baik. Bahkan tercatat sebagai negara terkaya
dunia. Seperti yang sedia maklum bahawa Amerika Syarikat adalah
negara terkaya dunia, diikuti China, Jepun dan lainnya. Ianya di ukur
berdasarkan Ekonomi Nominal PDB (Pendapatan Domestik Bruto), PNB
(Pendapatan Nasional Bruto) dan banyak lagi.
Berikut peringkat kekayaan
negara berdasarkan Produk Domestik Bruto (GDP) per kapita. Semua
diaudit oleh (PPP) Bank Dunia.
10. Austria
Austria adalah negara pada
tangga kesepuluh sebagai negara terkaya, dengan PDB per kapita
mencapai US$ 39,711. Austria memiliki populasi sebanyak 8,41 juta,
dengan sebagian besar bertutur dalam bahasa Jerman. Austria juga
pesat membangun dalam industri infrastuktur, makanan, dan logam.
9. Irlandia
Irlandia berada di tempat kesembilan, dengan PDB per kapita
mencapai US$ 39.999. Negara dengan jumlah penduduk sebanyak 4,58 juta
orang ini berasaskan pada industri utama logam, makanan, dan tekstil.
8. Belanda
Dengan PDB per kapita mencapai
US$ 42.447, Belanda menduduki tempat ke 8, Runner up Piala Dunia 2010
ini dikenalpasti sebagai sebuah negara yang mempunyai jumlah
penganggur yang rendah, dengan populasi mencapai 16,68
juta. Industri utamanya termasuklah pertanian, logam, dan
produk kejuruteraan.
7.
Swiss
Meskipun
dunia mengenali Swiss dari penemuan berupa pisau Swiss Army dan
coklat lazatnya, Swiss sebenarnya adalah negara yang pesat
membangun. PDB per kapita mencapai US$ 46.424 dengan jumlah penduduk
7,86 juta orang. Swiss membangun dengan berasaskan industri
perlancongan, mesin, dan bahan kimia.
6. Amerika Syarikat [USA]
Amerika Syarikat berada di posisi keenam negara terkaya dengan PDB
per kapita US$ 47.084. Tanah kebebasan ini merupakan salah satu
negara terpadat di dunia, dengan populasi lebih dari 310 juta
penduduk. Industri utamanya meliputi petroleum, baja, dan kenderaan
bermotor.
5. Singapura
Satu-satunya negara Asia
Tenggara yang tersenarai dalam carta ini adalah Singapura yang
menduduki tangga ke 5, dengan PDB per kapita mencapai US$ 56.797.
Singapura adalah sebuah negara dengan 63 buah pulau dan rumah dengan
purata 5,07 juta penduduk. Kaya dengan industri utamanya yang
merangkumi industri elektronik, kimia, dan permodalan.
4. Norwegia
Di tangga keempat negara
terkaya diduduki Norwegia, dengan PDB per kapita mencapai US$ 56.920.
Kerajaan Norwegia adalah salah satu dari beberapa negara dunia yang
masih diperintah raja. Negara dengan populasi lebih 4,97 juta orang
ini wilayah strategik ekonomi ini, memiliki minyak bumi dan gas alam,
dan pengolahan yang baik.
3. Uni Emirat Arab
Uni Emirat Arab dengan PDB per
kapita sebesar US$ 57.774 menjadi negara ketiga terkaya di dunia.
Negara yang memiliki Dubai Mall, pusat perbelanjaan terbesar dunia
ini, terdiri dari tujuh emirat yang dipimpin oleh presiden.
Perusahaan minyak bumi, petrokimia, aluminium, dan semen menjadi nadi
utama kepada industri pembangunan Negara uni Emirat Arab
ini.
2. Luksemburg
Di tempat kedua adalah
Luksemburg, dengan PDB per kapita US$ 89.562. Meskipun merupakan
sebuah negara Eropah yang kecil, lebih kecil dari Rhode
Island, Luksemburg memiliki bahasa pertuturan yang tersendiri iaitu
bahasa Luxembourgish. Selain menggunakan dua bahasa lain, Prancis dan
Jerman. Penduduk disini hanya 0,51 juta orang yang membabitkan
industri terbesar dari segi perbankan, jasa kewangan, besi dan baja.
1. Qatar
Sumber
No comments:
Post a Comment