Kandungannya perlu dikawal
dalam makanan
Pakar kesihatan terkemuka Jerman menyarankan
amaran merokok tidak baik untuk kesihatan sepatutnya turut sama
digunakan bagi makanan dan minuman bergula.
Ketua Perkhidmatan
Kesihatan Amsterdam, Payl Van Der Velpen, berkata ketika ini gula
ibarat ‘ubat’ paling bahaya dalam hidup kita pada masa
kini.
Beliau yang menulis dalam laman web kesihatan awam,
berkata pengguna perlu diberi kesedaran berkenaan bahaya gula dan
sewajar mengurangkan penggunaannya.
Tambahnya, gula adalah
umpama ‘dadah’ seperti alkohol dan tembakau kerana itulah
penggunaannya tidak harus digalakkan.
“Mungkin ada yang
melihat kenyataan ini cuma membesar-besarkan isu dan dibuat-buat,
tetapi hakikatnya gula adalah ‘dadah’ paling berbahaya masa ini
dan begitu mudah didapati di mana-mana. Sama seperti rokok yang
mempunyai label, minuman ringan dan produk manisan, juga perlu ada
label seumpama itu.
“Contohnya, gula membawa ketagihan dan
ia tidak baik untuk kesihatan,” katanya.
Tabiat sukar
diubah
Beliau berpendapat, orang lebih memberi perhatian
terhadap berat badan berlebihan daripada mengambil kisah mengenai
pengambilan gula berlebihan.
Payl menegaskan, obesiti boleh
ditangani dengan menggalakkan orang ramai lebih kerap melakukan
senaman dengan kaedah yang betul dan pada masa sama mengubah gaya
hidup sihat serta diet seimbang termasuk mengurangkan pengambilan
gula.
Katanya, memetik satu kajian lain mendapati, seseorang
akan memberhentikan pengambilan protein dan lemak jika terlalu banyak
tetapi tidak kepada pengambil gula.
Malah, ramai yang tidak
menghiraukannya tanpa memikirkan mudaratnya kepada kesihatan dan
penyakit seperti diabetes.
Payl percaya, ketagihan dan amalan
yang sukar diubah itu sama seperti perokok gaga; menghentikan tabiat
berkenaan.
Oleh itu, beliau menyarankan supaya gula supaya
dikenakan cukai sama seperti pengambilan alkohol dan rokok serta
berharap kandungan gula dalam makanan perlu dikawal
kuantitinya.
INFO: Mengenai gula
1. Bahan utama yang
digunakan dalam pembuatan gula ialah tebu kuning dan tebu hitam.
2.
Dilaporkan, kira-kira 107 negara menanam tebu untuk menghasilkan
sekitar 1,324 juta tan gula. Negara pengeluar terbesar gula, mengikut
Wikipedia ialah Brazil, India, China dan Pakistan.
3. Batang
tebu yang tebal menyimpan sukrosa. Secara ringkasnya, gula dihasilkan
daripada air tebu yang kaya dengan sukrosa.
Sumber:
Ensiklopedia bebas, Wikipedia
Berapa banyak gula yang ada
dalam makanan dan minuman?
1. Minuman bergas 500ml =14.4 sudu
teh
2. Minuman dalam tin tanpa gas 350ml = 9.6 sudu teh
3.
Minuman coklat malt dalam tin 125ml = 5.5 sudu teh
4. Kek
buah-buahan 40g = 3.5 sudu teh.
5. Bijirin sarapan bersalut
madu 220g = 10.1 sudu teh.
6. Ubat batuk botol kecil di farmasi =
15.8 sudu teh.
7. Aiskrim coklat sepotong saiz biasa = 7.7 sudu
teh.
8. Sundae restoran makanan segera = 10.3 sudu teh.
9.
Rempah ayam segera satu pek = 4.7 sudu teh.
10. Minuman berkultur
satu botol kecil = 2.7 sudu teh.
11. Susu pekat manis dalam tin
kecil = 35.5 sudu teh.
Keburukan gula:
1. Melemahkan sistem
imunisasi (melawan penyakit).
2. Menganggu imbangan galian dalam
tubuh.
3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan
nakal.
4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan
kecergasan.
5. Menjejaskan pencapaian kanak-kanak dalam
pelajaran.
6. Meningkatkan paras trigliserid.
7. Melemahkan
daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria.
8. Merosakkan buah
pinggang.
9. Mengurangkan kolesterol yang baik (HDLs).
10.
Mengalakkan pertumbuhan kolesterol bahaya (LDLs).
Sumber
No comments:
Post a Comment