Tip #1. Menyempatkan diri
beribadah
Allah telah menjanjikan bahawa DIA tidak akan mensia-siakan
pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis kudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku
akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka
Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu
Hurairah r.a.)
Daripada hadis kudsi
ini kita dapat lihat bahawa Allah SWT telah berjanji tidak akan mensia-siakan
hamba-Nya yang sentiasa mengabdikan dirinya kepada Allah walau apa jua keadaan.
justeru sesibuk manapun kita dalam melayari kehidupan ini, susunlah waktu
dengan sebaiknya untuk tunaikan solat 5
waktu serta beribadah sebanyak-banyaknya.
Tip #2. Memperbanyakkan Istighfar
Istighfar adalah lafaz atau perbuatan rintihan dan pengakuan
dosa seorang hamba di hadapan Allah SWT, yang menjadi penyebab Allah jatuh
kasih dan kasihan terhadap hamba-Nya lantas Allah berkenan melapangkan jiwa dan
kehidupan si hamba. Dengan selalu beristighfar, insya-Allah dosa-dosa kecil
yang selama ini dilakukan akan dapat dihapuskan dengan izin Allah SWT.
Berdasarkan Sabda Nabi Muhammad SAW:
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah SWT akan
menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya
rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim
dari Abdullah bin Abbas r.a.)
Istighfar tidak bernilai di sisi Allah sekiranya masih
selalu berbuat dosa. Dosa-dosa yang dilakukan bukan sahaja akan menjadikan hati
resah gelisah, malahan juga akan menutup pintu rezeki. Ia akan menjadi batu
penghalang daripada rezeki mengalir kepada kita. Sudah tentu kita tidak mahu
perkara sedemikian berlaku, bukan? Jika para pembaca mengikuti artikel keluaran
yang lalu, ada menceritakan tentang Istidraj, iaitu Allah tetap memberikan
kekayaan dan kemewahan kepada hamba-Nya walaupun terus-menerus melakukan dosa.
Perkara ini harus kita elakkan agar kemurkaan Allah dapat kita hindari..
Sabda Nabi Muhammad SAW:
“…dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana
dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
Betapa pentingnya kita menjaga amalan supaya rezeki yang
Allah kurniakan kepada kita itu adalah berserta dengan berkat dari-Nya,
bukannya berserta kemurkaan-Nya. Na’uzubillah! Ayuhlah kita sama-sama menjaga
amalan agar seluruh isi kehidupan kita ini diberkati oleh-Nya.
murah rezeki
Tips #4. Sentiasa ingat Allah
Ketahuilah bahawa dengan banyak mengingati Allah, ia akan
membuatkan hati menjadi tenang dan kehidupan terasa lapang. Kelapangan rezeki
seperti ini hanya dapat dinikmati oleh orang-orang yang beriman. Firman Allah
SWT dalam Al-Quran yang bermaksud :-
“(iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati
mereka dengan dzikrullah. Ketahuilah dengan dzikrullah itu, tenang tenteramlah
hati manusia.”
(Surah Ar-Ra’d : ayat28)
Ketenteraman inilah yang sebenarnya menjadi dambaan seluruh
umat manusia sama ada yang kaya mahupun yang miskin. Hanya zikirlah yang mampu memberikan ketenangan jiwa zahir
dan batin kepada kita.
Tip #5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar
sesiapa yang ingin panjang umur dan dilapangkan rezekinya, maka hendaklah
mereka berbakti kepada kedua ibu bapanya serta
menyambung tali silaturrahiim. Baginda Rasulullah SAW juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah
buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan kedua ibu bapa juga menjadi sebab terbukanya pintu
rezeki, berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW lagi :-
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang
tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Hadis Riwayat :
al-Hakim dan ad-Dailami)
Maka dengan 2 hadis sahih ini, termaktublah kepentingan kita
berbakti kepada kedua ibu bapa kerana mereka yang telah bersusah payah
melahirkan, membesarkan dan mendidik kita sehingga dewasa dan berjaya
menguruskan kehidupan sendiri. Berbaktilah kepada kedua-dua orang tua selagi
mereka masih bernafas kerana ia menjadi asbab yang kukuh mengalirnya sungai dan
limpahan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita.
Tip #6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah
menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir
miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Bersabda Nabi Muhammad SAW
:-
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki
melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Hadis Riwayat : Bukhari)
Tip #7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah permudahkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat
sendiri, seperti sabda Nabi Muhammad SAW lagi :-
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan
menunaikan hajatnya…”
(Hadis Riwayat : Muslim)
murah rezeki
Tips #8. Banyakkan berselawat
Ada hadith yang menganjurkan kita supaya berselawat jika
hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan
kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan
terlaksananya sebuah hajat.
Tip #9. Buat kebajikan sebanyak-banyaknya
Ibnu Abbas r.a. telah berkata :-
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,
kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala
kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh,
sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
Sekiranya kita sentiasa melakukan kebaikan di dunia ini,
seluruh isi alam ini, pohon-pohon, alam semesta dan seluruh ciptaan Allah akan
turut mendoakan kita. Bayangkanlah sekiranya semua orang dan seluruh isi alam
ini menyukai dan mendoakan kita, Insya-Allah pastinya pintu rezeki juga akan
terbuka luas.
Tip #10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w. berpagi-pagi (memulakan aktiviti
harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
Dengan berpagi-pagi, kita akan menjadi lebih cergas dan otak juga akan menjadi
lebih cerdas. Apabila otak dan minda telah bersedia, segala urusan akan menjadi
lebih mudah, teratur dan terurus dengan baik.
Sekian dahulu untuk tip kali ini dan tunggu sambungannya
dikeluaran akan datang. Diharapkan sedikit sebanyak tip-tip yang diberikan di
sini dapat kita manfaatkan untuk urusan mencari rezeki seharian dengan mengikut
landasan yang digarisakan oleh Islam.
Sumber irfankhairi
No comments:
Post a Comment