Santau terbahagi kepada dua:
Jenis Pertama – Santau yang diperbuat daripada adunan
tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini
agak mudah dirawat.
Jenis Kedua – Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap
jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan ‘Santau Angin’. Santau ini
agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di
udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.
Secara umumnya, santau ditujukan kepada mangsa bertujuan
seperti berikut:
- Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab
tertentu.
- Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.
- Ingin menguji tahap kekuatan atau ketahanan kebatinan
seseorang.
- Sebagai medan menguji tahap kekuatan dan kesan santau yang
dimiliki.
- Membuang santau. Santau angin mesti dibuang pada masa
tertentu. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan
keluargannya.
- Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada
seseorang.
Bahan-bahan Santau:
- Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular
kapak dan katak puru bertanduk.
- Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung,
tali guni dan sebagainya.
- Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus
besi, rambut, kuku manusia atau binatang dan sebagainya.
- Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur
seterusnya menjadikan bodoh seperti kura-kura, tulang dagu kera duku, uri
kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.
Tanda-tanda terkena santau:
Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau
disyaki telah terkena santau:
- Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan
bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
- Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu
hingga tiga bulan atau lebih.
- Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan
malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat
Jumaat.
- Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
- Lenguh seluruh anggota badan.
- Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
- Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan
sembilu.
- Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak
tersebut.
- Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
- Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
- Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke
tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.
- Sentiasa sakit pada tulang belakang
- Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)
Kesan-kesan Santau:
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti
berikut:
- Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
- Hilang daya ingatan
- Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah,
- Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali sebagai
seorang bersifat penyakit menjadi seorang yang panas baran.
- Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
- Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah
gugur.
- Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang
selalu terganggu.
- Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan.
- Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.
Panduan Mengesan Kehadiran Santau:
Apabila orang yang terkena santau angin, makan limau nipis
atau nenas bersama kicap dan mereka akan muntah darah kerana santau itu
berlawanan dengan bahan berkenaan dan pesakit juga berasa sakit pada seluruh
anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam.
Panduan untuk kita mengesan kehadiran santau bila kita makan
di kedai makan ataupun di restoran daripada Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul
Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Bin Rozali:
Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk
dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza.
Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia
mengandungi racun santau.
Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari
kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api
maka ia mengandungi santau
Ayat Pelindung Diri dari Santau
Semoga ilmu ni
bermanfaat untuk semua:-)
Sumber mforum
No comments:
Post a Comment