1 Jambatan seni, Jerman
2. Jambatan melengkung, Malaysia
Arkitek Mayur Kanaiya telah
memberikan sentuhan yang sangat cantik di Langkawi melalui jambatan yang
direkabentuk olehnya. Dia telah mereka bentuk jambatan bernama Sky Bridge
dengan bentuk melengkung atau berliku. Jambatan sepanjang 125 meter berakhir di
puncak Gunung Mat Cincang.Menurut beliau jambatan ini membolehkan pengunjung
merasai pengalaman melihat secara terus hutan kanopi dan kehidupan liar.
3. Jambatan alam, India
Selain menggunakan batu bata, simen
atau besi, sebuah kampung di Cherrapunji,India dengan kreatif telah membina
jambatan dari akar pohon. Selain menggunakan akar, para penduduk tempatan juga
menggunakan buluh sebagai bahan penyokong. Tidak hanya satu, terdapat beberapa
jambatan alam yang dibina penduduk Cherrapunji.Ses0etengah jambatan mempunyai
panjang lebih dari 30 meter dan mampu dilalui oleh 50 orang.
4. Jambatan tenggelam, Belanda
Umumnya kebanyakkan jambatan dibina bagi menghubungkan dua tempat air yang
berasingan .Jambatan juga biasanya berada di atas permukaan air. Namun terdapat perbezaan di Fort de Roovere, Belanda. Jambatan ini tenggelam di bawah tanah dan belahan tasik kecil menghalang airnya dari bergerak. Pengunjung yang melalui laluan ini harus berjalan di laluan parit yang menjadi jambatan. Dinding jambatan ini berfungsi sebagai empangan bagi menghalang keluarnya air.
5. Jambatan akrobatik, Inggeris
Di London, Inggeris, terdapat sebuah jambatan unik yang
boleh dilipat, iaitu Rolling Bridge . Terletak di Grand Union Canal di
Paddington Basin, jambatan ini boleh dilipat dan melengkung atau kebiasaan
disebut sebagai aksi akrobat. "Setiap tengahari Jumaat , jambatan ini akan
memperlihatkan aksi akrobatik yang boleh membuatkan banyak orang kagum,"
ujar Koen Kas, seorang usahawan dari Belgium .
6. Jambatan batu, Yaman
Desa Shaharah di Yaman mempunyai jambatan yang menakjubkan.
Sangat jelas, jambatan ini dibuat dari batu dan dibuat secara langsung oleh
manusia. "Jambatan batu menunjukkan kegigihan umat manusia untuk mengatasi
halangan fizikal," kata jurutera mekanikal, Achilleas Vortselas.
No comments:
Post a Comment