Seorang pemuda Michael Kenny, 18, nekad mengikuti kelas
asuhan kanak-kanak yang sebelum ini hanya melibatkan golongan wanita di
Britain. “Selama ini, saya hanya bergelumang dengan dunia sukan ragbi, langsung
tidak pernah masuk ke dapur rumah dan hanya memanaskan makanan di dalam ketuhar
pemanas sahaja.
“Malah tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa ada
pekerjaan mengasuh selain ia wujud dalam filem dan drama bersiri,” kata
Michael. Namun pemuda itu kini bergelar bakal siswazah di institut berprestij
Kolej Norland dalam bidang asuhan kanak-kanak dan telah memecah rekod tradisi
gender yang dipegang kaum wanita sejak 120 tahun lalu.
Pada akhir pengajiannya, Michael akan bergelar sebagai
pengasuh elit yang hanya akan mengasuh anak-anak kerabat diraja, bintang-bintang
terkenal serta kaya di Miami, Geneva dan Los Angeles dengan gaji sebulan £50,000
(RM248,048).
Selain menghabiskan pengajian selama empat tahun di dalam
kelas yang majoritinya adalah wanita, Michael tidak menganggap pekerjaan yang
bakal dilakukannya itu adalah tugas kaum hawa sahaja serta tidak berstandard.
Sumber mforum
No comments:
Post a Comment