(1) Kejujuran- Faktor ini adalah merupakan aspek penting di
dalam sesuatu kebahagiaan hubungan rumah tangga. Pada kebiasaannya, pasangan
yang berasa teraniaya atau dianiaya akan menyimpan dendam dalam setiap penipuan
yang telah dilakukan. Masalah ini akan berbalas-balas sehingga menjadi punca
keretakan didalam sesuatu hubungan.
(2) Hormat- Semua manusia yang hidup di muka bumi ini suka
apabila diri mereka dihormati. Begitu juga dalam hubungan rumah tangga, suami
menghormati isteri, dan isteri pula menghormati suami. Selagi perasaan
hormat-menghormati ini menebal dalam diri, pasti tiada masalah untuk sesuatu
pasangan untuk mengekalkan kebahagiaan mereka.
(3) Cinta- Apabila menyebut soal cinta, ia adalah satu perkara
yang subjektif yang sukar untuk diterjemahkan. Cinta juga mungkin boleh
disamaertikan dengan pengorbanan. Sekiranya anda betul-betul mencintai
pasangan, sudah pasti anda akan sanggup untuk berkorban demi kebahagiaan
mereka. Kebahagian yang pasangan anda miliki pula akan menjadi kebahagian untuk
diri anda.
(4) Sabar- Sifat pemarah adalah merupakan faktor utama yang
menjadi punca dalam keretakan sesuatu hubungan. Anda perlu belajar untuk
bersabar. Lakukan sesuatu dengan pertimbangan yang waras dan bukannya apabila
dipengaruhi oleh emosi.
(5) Komunikasi- Pasti anda semua menyetujui jika kami
menyatakan bahawa lebih banyak mendengar adalah lebih baik berbanding lebih
banyak bercakap. Berikan sepenuh perhatian apabila pasangan anda meluahkan
perasaan untuk mereka merasakan diri mereka dihargai. Seseorang yang merasakan
diri mereka dihargai akan tahu untuk menghargai orang lain.
(6) Memahami- Apabila isteri anda seorang yang pemarah, anda
perlu banyak bersabar. Bukannya anda juga turut serta untuk berasa marah.
Apabila anda sudah memahami pasangan anda, ia juga bermakna anda akan mampu
untuk bertolak ansur terhadap pasangan dalam apa jua situasi sekalipun. Tolak
ansur juga penting dalam kebahagiaan rumah tangga.
Credit to semaniskurma
No comments:
Post a Comment