Seorang wanita dari Queensland,Puan Nicole William memberitahu
bahawa kek yang ditempah oleh dia untuk anak-anaknya sempena hari jadi
mereka tidak sama seperti yang dia ingini apabila kek itu menimbulkan ketakutan
kepada anaknya yang berusia 4 tahun.Ianya amat berbeza dengan apa yang yang diberitahu
oleh pembuat kek tersebut dimana dia memberitahu bahawa dia boleh melakukan apa
saja jenis kek yang diminta dan turut menunjukkan gambar sebagai bukti kepada dia.
Namun selepas dia membuka kotak dia terkejut melihat
kek yang ditempah amat berbeza.Anak bongsunya menangis kerana takut melihat kek
tersebut kerana ia kelihatan seperti watak dalam cerita seram.
Menurut beliau lagi dia bersetuju untuk membayar $ 50
untuk dua set kek tersebut.Beliau yang tidak berpuas hati mengadukan hal itu ke
kedai terbabit.Bagaimanapun pemilik tersebut mendakwa dia mempunyai gambar bahawa
anak-anaknya telah memakan kek berkenaan. 'Saya benar-benar keliru kerana bagaimana dia mempunyai gambar anak-anak
saya sedang makan. Dia juga berkata, saya tidak berhak untuk menuntut bayaran
balik dan mula mengabaikan semua mesej saya.
Kek gagal: Seorang lagi pasangan Cody Brown, 20 dan pasangannya Chloe Davis, 20 memberitahu mereka
juga berhadapan dengan situasi yang sama apabila kek dinosaur yang ditempah (kiri)dari
kedai itu.Mereka mendapat kek yang amat berbeza (kanan).Mereka bagaimanapun
bernasib baik apabila ada dua orang tidak dikenali menawarkan diri untuk membuat kek
yang sama tanpa mengenakan sebarang bayaran.
CONTOH LAIN:KEK YANG GAGAL DIBUAT
Sumber dailymail
No comments:
Post a Comment