SEREMBAN: Selepas
berminggu-berminggu spekulasi, Kementerian Pendidikan mengesahkan
bahawa pelajar yang akan menyambung pengajian ke Tingkatan Enam
dibenarkan memakai pakaian tradisonal atau pakaian lain, sebagai
sebahagian daripada kod pakaian baharu bermula musim persekolahan
yang akan dibuka dua minggu lagi.
Tuesday, December 23, 2014
Wednesday, December 17, 2014
10 Negara Paling Kaya Di Dunia
Ekonomi
global masih bergolak, namun beberapa negara ternyata dapat
melaluinya dengan cukup baik. Bahkan tercatat sebagai negara terkaya
dunia. Seperti yang sedia maklum bahawa Amerika Syarikat adalah
negara terkaya dunia, diikuti China, Jepun dan lainnya. Ianya di ukur
berdasarkan Ekonomi Nominal PDB (Pendapatan Domestik Bruto), PNB
(Pendapatan Nasional Bruto) dan banyak lagi.
Sunday, December 14, 2014
Gambaran artis Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim
SHAH ALAM: Cadangan
pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dilihat bakal mengubah
landskap ekonomi negeri Kedah, daripada negeri yang berorientasikan
pertanian kepada sebuah negeri industri.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata kerajaan negeri juga merancang membangunkan beberapa kawasan di negeri itu sebagai taman teknologi dan perindustrian.
"Antara kawasan yang dikenal pasti ialah Bandar Baharu untuk dibangunkan sebagai 'Kedah Medical City' bagi menempatkan pelbagai industri berkaitan perubatan di satu kawasan.
"Selain itu, kawasan berhampiran cadangan tapak Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim pula akan dibangunkan dengan industri 'aerocity' bagi menghimpunkan semua industri berkaitan penerbangan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi perjumpaan santai bersama kira-kira 300pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang berasal dari Kedah, di sini, malam tadi.
Justeru, beliau menasihati para pelajar, terutama yang berasal dari Kedah, supaya bersedia dengan ilmu dan kemahiran yang secukupnya untuk memanfaatkan peluang pekerjaan yang tersedia kelak.
Kerajaan Kedah bercadang membina sebuah lapangan terbang antarabangsa di kawasan seluas kira-kira 6,000 hektar di Kulim, membabitkan perbelanjaan kira-kira RM1.6 bilion.
Kementerian Pengangkutan masih mengkaji cadangan pembinaan lapangan terbang berkenaan.
- BERNAMA
Saturday, December 6, 2014
Kesan Gula
Kandungannya perlu dikawal
dalam makanan
Pakar kesihatan terkemuka Jerman menyarankan amaran merokok tidak baik untuk kesihatan sepatutnya turut sama digunakan bagi makanan dan minuman bergula.
Pakar kesihatan terkemuka Jerman menyarankan amaran merokok tidak baik untuk kesihatan sepatutnya turut sama digunakan bagi makanan dan minuman bergula.
Monday, December 1, 2014
Arnab Angora - Diternak Kerana Bulu
Sekali pandang nampak macam
gula - gula kapas. Gebu. Itulah arnab Angora. Apalah makanan diberi
hingga hingga jadi begitu sekali. Tapi ternyata, spesies ini memang
wujud dan berasal dari Angkara, Turki. Menurut rekod, arnab Angora
sangat popular sekitar abad ke-18 dan menjadi haiwan kesayangan
keluarga diraja. Kemudian, barulah ia tersebar ke serata Eropah
sebelum masuk ke Amerika Syarikat sekitar abad ke-20. Sama seperti
haiwan lain, arnab Angora terbahagi kepada beberapa baka
tersendiri.Empat jenis baka diletakkan di bawah Persatuan Baka Arnab
Amerika (ARBA). Antaranya baka English, French, Giant, & Satin.
Selebihnya adalah baka German, Chinese, Swiss, Finnish, Korea &
St. Lucian. Arnab Angora juga dipercayai spesies arnab tertua di
dunia.
Cara penjagaannya juga mudah. Mereka tidak memerlukan sebarang vaksin tambahan & juga tidak memerlukan makanan yang mahal. Hanya diberi rumput sudah memadai. Bagaimanapun, anda perlu menjaga bulunya dengan baik, & cermat supaya kelihatan kemas, bersih & terjaga rapi. Untuk mengelakkan bulunya tampak kusut, kerinting atau bergumpal, pemilik selalunya akan menyikat bulu arnab tersebut 2 minggu sekali. Dengan menggunakan berus gigi biasa atau berus khas, bulu - bulu arnab akan kelihatan lebih bersinar jika kerap didandan.
Arnab Angora bukan diternak sebagai haiwan peliharaan, ia juga diternak kerana bulunya. Bagi industri pembuatan pakaian, bulu arnab Angora dikategorikan sangat lembut & bersinar seakan-akan sutera. Dari segi diameternya, ia dikatakan 0.0011cm lebih halus dari bulu kambing Kashmir. Selalunya, bulu mereka akan dicukur 4 bulan sekali. Apabila musim tersebut, arnab akan menunjukkan tanda-tanda bulu matang. Antaranya bulu gugur, mudah tercabut apabila disikat & arnab akan termakan bulunya sendiri. Ketika itu, proses mencukur perlu dilakukan segera. Biasanya, proses ini dilakukan dengan mencabut, mencukur atau menyikat dengan alatan khas. Kemudian, bulu-bulu tersebut akan diletakkan di tempat khas & disusun selari bagi mengelakkan ia berada dlm keadaan kusut. Jika berselerak, kualitinya berkurangan.
Jika anda gagal menguruskan bulunya dengan baik, serta membiarkan bulu-bulunya gugur tanpa pembersihan, berkemungkinan besar arnab ini akan mati. Sama seperti kucing, arnab sangat gemar menjilat bulunya sendiri. Bagaimanapun, apabila tiba proses mengutip bulu, mereka secara tidak sengaja akan menelan mana-mana bulu yg gugur. Berbeza dgn kucing, mereka boleh memuntahkan kembali. Tetapi tidak bagi arnab Angora kerana mereka menelan sedikit demi sedikit. Apabila bulu sudah memenuhi perut, mereka akan menjadi kenyang sepanjang masa & tidak lagi menjamah makanan mahupun minuman.Ini kerana bulu yg masuk ke dalam perut tidak akan hadam sama sekali. Maka secara tidak langsung, ia akan menyumbat saluran usus & menggangu kesihatan arnab dan akhirnya mati.
Sumber

Sunday, November 30, 2014
Sejarah badminton di Malaysia
Seperti kebanyakan
sukan yang terdapat pada hari ini, badminton juga mempunyai
sejarahnya yang tersendiri.
Pada peringkat awal permainan ini, tidak ada sebarang undang-undang atau peraturan yang boleh dijadikan panduan permainan. Mereka yang bermain hanya sekadar memukul bulu tangkis ciptaan mereka itu.
Namun permainan mereka itu telah berjaya menarik minat sebahagian masyarakat.
Atas usaha seorang askar Inggeris iaitu Kolonel H.Q. Selby yang bertugas di Karachi, India pada ketika itu, dia telah menubuhkan pasukan Badmintonnya sendiri yang diberi nama ‘Bath Badminton Club’ dan undang-undang permainan dicipta tetapi masih belum sempurna.
Oleh itu, seperti permainan yang lain yang mempunyai badan atau persatuannya sendiri di peringkat antarabangsa untuk menguruskan atau menyelaraskan permainan, pada tahun 1934 Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) ditubuhkan dan Presiden pertama ialah Sir George Thomas yang menjawat dari tahun 1934-1955.BAM mula ditubuhkan
Pada tahun yang sama (1934), Persatuan Badminton Malaysia (BAM) juga telah ditubuhkan dan sejak itu, sukan badminton berkembang dan badminton telah menjadi acara rasmi dalam sukan Olimpik pada tahun 1992.
Sejak itu juga, BAM telah berjaya melahirkan beberapa jaguh dalam beberapa dekad ini dan pelbagai pengiktirafan dan kejayaan turut dicapai oleh badan induk itu dengan memenangi beberapa kejohanan besar seperti Piala Thomas dan All England.
Tidak keterlaluan jika mengatakan badminton adalah antara sukan yang banyak mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa.Kemunculan keluarga Sidek
Keluarga Sidek dalam arena sukan tanah air bukan sekadar titian menonjolkan imej negara, malah menjadi lombong emas badminton tempatan dan menyumbang kepada perkembangan pasaran antarabangsa bernilai berjuta-juta ringgit.
Kemunculan Misbun dan adik-adiknya (Razif, Jalani, Rahman dan Rashid) mula memberi saingan di Asia pada awal 1980-an, mendorong kepada keberanian Kumpulan Pengurusan Antarabangsa (IMG) menerokai bidang badminton di Malaysia.
Imbasan detik kegemilangan 1992 tetap terpahat di benak fikiran pencinta badminton negara apabila melihat Piala Thomas direbut kembali di bumi sendiri dengan menamatkan kemarau suku abad.
Walaupun piala itu hanya bertahan 24 bulan di bumi ini sebelum menyeberang Selat Melaka, namun kenangan sambutan orang ramai yang sanggup bermandi peluh ketika berpusu-pusu menyentuh piala kebanggaan itu yang diarak ke seluruh pelosok negara, masih jelas terbayang.
Selain keluarga Sidek, pemain badminton negara yang terkenal suatu ketika dahulu ialah Punch Gunalan, Ng Boon Bee, Tan Aik Mong, Tan Aik Hwang dan Silvia Ng.
Malah kini, BAM juga berbangga selepas memiliki Datuk Lee Chong Wei yang meraih beberapa kejayaan sekali gus menjadi kebanggaan Malaysia.
Malaysia sebaris pasukan elit
Dari segi badminton, mungkin ia telah mencapai tahap terbaik ketika ini, dan pulangannya ialah kemegahan negara di persada dunia.
Dan sekarang ini, pasukan negara masih dianggap sebagai pasukan disegani sebaris dengan pasukan ternama dunia iaitu Indonesia, China, Korea Selatan dan Denmark.
Walaupun BAM masih belum mampu mencari pengganti Chong Wei, namun usaha badan induk itu untuk menaikkan nama negara di persada dunia perlu diberikan pujian.
mforum

Kali
Terakhir Merangkul Piala Thomas Pada 1992 Di Stadium Negara
|
Monday, November 24, 2014
Penyakit bawaan air
HUJAN
lebat yang turun awal bulan ini menyebabkan beberapa daerah di
Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor ditenggelami banjir. Selain
masalah bencana alam itu sendiri yang menyebabkan kerosakan harta
benda yang teruk, masalah lain yang mungkin lebih membinasakan tetapi
dipandang ringan adalah isu kesihatan.
Banjir adalah punca utama pelbagai penyakit bawaan air seperti demam kepialu, taun, Hepatitis A dan leptospirosis kerana mangsa terdedah dengan air yang tercemar.
Jangan pandang ringan dengan penyakit-penyakit tersebut yang mempunyai simptom biasa seperti cirit-birit dan demam kerana jika lambat dirawat, ia boleh membawa maut.
Walaupun cuaca dikatakan semakin elok dan banjir semakin surut, mangsa masih perlu berhati-hati kerana sumber air yang tercemar dan keadaan persekitaran yang kotor.
Pakar Gastroenterologi dan Perubatan Dalaman Pusat Perubatan Tropicana (TMC), Dr. Gan Ing Earn berkata, ramai yang mengambil lewa simptom-simptom seperti cirit-birit sedangkan ia petanda keadaan yang boleh menyebabkan maut.
"Apabila mengalami cirit-birit yang teruk, badan pesakit akan kehilangan air yang banyak.
"Ia lalu menyebabkan darah semakin berkurangan ke buah pinggang kerana air diperlukan untuk semua sistem berfungsi lalu keadaan ini menyebabkan buah pinggang rosak.
"Keadaan ini boleh berlaku dengan pantas. Ada pesakit yang baru sahaja cirit-birit selama dua hari dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," ujarnya.
Terang Ing Earn, apa yang penting adalah elakkan makanan dan minuman yang tercemar serta mengutamakan penjagaan kebersihan yang betul.

Saturday, November 22, 2014
Jalan Raya Di Pulau Ini Ditutup Setiap Tahun Kerana Ketam
Mesti anda tidak percaya akan
tajuk di atas, bukan? Tetapi percayalah kejadian pelik ini
benar-benar berlaku di Pulau Christmas, Australia.
Difahamkan lebih 120 juta ketam yang mendiami pulau ini akan memenuhi jalanraya pada setiap tahun antara bulan Oktober dan November. Kenapa? Waktu tersebut adalah tempoh musim mengawan bagi ketam-ketam di Pulau Christmas jadi ia berhijrah dari pulau ke laut untuk bertelur.
Disebabkan kehadiran ketam yang banyak pada tempoh penghijrahan tersebut, pihak berkuasa terpaksa mengarahkan jalanraya di pulau tersebut ditutup agar ketam-ketam tersebut tidak dilanggar kenderaan ketika ‘melintas’.
Ketam-ketam berwarna merah ini tinggal di habitat kawasan lembab hutan hujan dan akan berhijrah untuk mengawan dan bertelur di perairan pulau tersebut.
Kebiasaannya, ketam merah ini mengambil masa 4 minggu untuk bertelur,sebelum pulang kembali ke habitat asalnya.

Wednesday, November 19, 2014
120 Buah Basikal Di Dinding Kedai Basikal
Ada
kedai basikal di Jerman yang tidak memerlukan ‘palang’ untuk
tanda atau promosi kerana kedai itu menggantung 120 basikal di
dinding bahagian depan kedai. Kedai bernama ‘Fahrradhof
Altlandsberg’ itu milik Peter Horstmann dan Christian Peterson.
Pemasangan
Itu bermula ketika mereka didatangi 40 buah basikal dari tukar
tambah, dan kakitangan bertanya pada Horstmann apa yang harus
dilakukan dengan basikal itu. Jawapannya: “Gantung di dinding”.
Awalnya, hanya ada empat puluh basikal, tapi seiring waktu, mereka
menambah lebih banyak basikal ke dinding sampai berjumlah 120
basikal.
Sunday, November 9, 2014
5 Jambatan Yang Unik Dan Berpenghuni Di Dunia
Jambatan
kediaman atau jambatan yang juga berfungsi sebagai rumah, merupakan
salah satu struktur bangun yang unik di dunia. Selain berfungsi
sebagai salah satu penghubung satu kawasan dengan kawasan-kawasan
lain, jambatan yang satu ini menjadi tempat tinggal komersial
(disewa). Jambatan kediaman ada yang sudah dibina sejak abad ke-13,
sehingga menjadi daya tarik tersendiri. Berikut kami senaraikan 5
jambatan kediaman di dunia:
1.
Ponte Vecchio, Itali
Ponten
Vecchio merupakan jambatan tertua yang ada di Florence, Itali.
Dipercayai jambatan ini sudah ada sejak zaman Kerajaan Romawi, sebuah
sumber menyebutkan bahawa Ponte Vecchio dibina pada 1345 untuk
menggantikan jambatan lamanya yang hancur akibat banjir. Baru-baru
ini pada abad pertengahan, masyarakat membina rumah di atas Jambatan
Ponte Vecchio.
Rumah
yang berdiri di atas Ponte Vecchio kebanyakan berupa bengkel dan
kedai-kedai seperti kedai daging dan kulit. Pada 1593 Duke Ferdinand
I memutuskan untuk menukar fungsi bangunan tersebut menjadi bengkel
khusus pemprosesan emas. Kerana gerai dan kedai daging lebih banyak
menghasilkan sampah dan mengakibatkan bau tidak sedap. Hingga saat
ini Jambatan kediaman Ponte Vecchio dipenuhi oleh kedai-kedai yang
menjual aneka cenderamata dan perhiasan.
2.
Krämerbrücke, Jerman
Krämerbrücke
merupakan jambatan kediaman yang berada di Erfurt, Ibu Kota negara
bahagian Thuringia, Jerman. Krämerbrücke menjadi komplek kediaman
yang berdiri di atas Sungai Gera, dan menghubung wilayah
Benediktsplatz dan Wenigemarkt. Krämerbrücke menjadi jambatan
kediaman yang unik di Eropah Utara, wilayah gunung bersalji.
Di
atas Krämerbrücke terdapat 32 rumah, yang berdiri di dua sisi
jambatan. Dari 32 rumah yang ada semuanya dimiliki sepenuhnya oleh
kerajaan, kecual rumah nombor 15, 20, 24, dan 33. Jambatan
Krämerbrücke menjadi daya tarik pelancongan sekaligus landmark
Bandar Erfurt.
3.
Pont de Rohan, Perancis
Sementara
di Perancis terdapat jambatan kediaman Pont de Rohan yang terletak di
Landerneau, di wilayah barat laut Perancis. Jambatan yang berdiri di
atas Sungai Elorn tersebut diperbaiki pada tahun 1510 oleh bangsawan
Jean II de Rohan. Di atas bangunan tersebut terdapat dua kedai,
gudang pemprosesan hasil bumi dan sebuah penjara. Saat ini jambatan
kediaman Pont de Rohan menjadi daya tarikan pelancong serta landmark
bagi Landerneau.
4.
Jambatan Dalaman, Bulgaria
Di
Bulgaria, jambatan kediaman yang unik berdiri di Bandar Lovech.
Struktur jambatan tertutup yang melintasi Sungai Osam itu
menghubungkan Kota Lovech lama dan baru. Sebelum menjadi bangunan
yang dilindungi bangunan kediaman, jambatan Lovech sebelumnya hampir
hancur oleh air banjir pada 1872. Hingga kemudian kerajaan bandar
menunjuk seorang arkitek bernama Kolyu Ficheto untuk membina jambatan
yang baru.
Dalam
pembangunannya Kolyu mengajak masyarakat Lovech untuk bergotong
royong, mereka yang berada di level menengah ke bawah bekerja sebagai
tukang. Sementara para orang kaya di Lovech bergotong royong mencari
dana untuk membeli bahan-bahan mentah dan membayar para pekerja.
Jambatan kediaman yang unik ini baru selesai dibina pada 1874. Di
atas jambatan sepanjang 84 meter, terdapat 64 kedai. Malangnya,
jambatan yang diperbuat daripada kayu tersebut habis terbakar pada
2-3 Ogos 1925. Jambatan yang lebih moden kemudian selesai dibina pada
1931, dengan seni bina yang masih sama seperti karya Kolyu Ficheto.
5.
Pont des Marchands, Perancis
Jambatan
Pont des Marchands merupakan bangunan bersejarah yang ada di
Narbonne, Perancis bahagian selatan. Di atas Pont des Marchands yang
menghubungi Canal de la Robine, berdiri bangunan rumah dan
kedai-kedai. Walaupun tidak sebesar jambatan kediaman yang
sebelumnya, keberadaan Pont des Marchands menjadi daya tarik
tersendiri di selatan Perancis.
Sumber mforum
Wednesday, November 5, 2014
Niat,Syarat dan cara mengerjakan solat Jamak&Qasar-Panduan utk para musafir
Menurut Dato Ismail
Kamus dan Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid dalam bukunya Indahnya Hidup
Bersyariat bahawa :
Pengertian solat jamak ialah mengumpulkan dua solat dalam satu waktu, contohnya mengumpulkan waktu zohor kepada asar atau asar kepada zohor, maghrib kepada isyak atau isyak kepada maghrib. Manakala solat qasar ialah memendekkan solat daripada 4 rakaat menjadi 2 rakaat. Solat yang boleh dipendekkan menjadi 2 rakaat ialah solat zuhur, asar dan isyak. Solat jamak atau solat qasar diharuskan kepada sesiapa yang musafir lebih dari 2 marhalah (60 batu) atau lebih 90 KM.
Pembahagian Solat Jamak
Jamak Taqdim ialah melakukan solat jamak pada waktu yang awal iaitu zuhur dan maghrib. Contohnya solat zuhur dijamakkan dengan asar pada waktu zuhur, solat maghrib dan isyak pada waktu maghrib, maka ini dinamakan solat jamak taqdim.
Jamak Takhir ialah melakukan solat jamak pada waktu yang akhir iaitu asar dan isyak. Contohnya melaksanakan solat zuhur dan asar pada waktu asar, solat maghrib dan isyak pada waktu isyak, maka ini dinamakan solat jamak takhir.
Hikmah dan Hukum solat Jamak dan Qasar
Hikmah solat Jamak dan Qasar adalah untuk mempermudahkan atau memberikan keringanan kepada orang yang musafir lebih dari 2 marhalah. Orang musafir sering mengalami masalah dalam perjalanannya, sukar untuk berhenti solat dan sebagainya, maka dari itulah Allah memberikan kemudahan kepada umat Islam untuk jamak dan qasar solat fardhunya. Tiada alasan lagi bagi orang yang musafir untuk meninggalkan solat fardhu. Hukum solat jamak dan Qasar ini adalah harus, terpulang kepada orang yang musafir untuk mendirikan solat sempurna atau jamak dan qasar, tidak menjadi masalah, nak buat jamak qasar tidak menjadi masalah atau tidak mahu buatpun tidak menjadi masalah.
Syarat Jamak Taqdim
Solat pada waktunya yang awal seperti solat zuhur dan maghrib.Niat jamak pada waktu solat yang pertama.Berturut-turut antara solat yang pertama dan kedua dan tidak boleh diselangi dengan perbuatan lain dari solat.Diselangi dengan iqamah dan mengambil wuduk maka jamaknya tidak batal.Berkekalan musafirnya sehingga solat yang kedua.
Syarat Jamak Takhir
Berniat untuk mentakhirkan solat yang pertama pada waktu kedua ketika masuk waktu solat pertama.Berkekalan musafir sehingga selesai kedua-dua solat.
Syarat Qasar
Musafir hendaklah tidak bertujuan maksiat.Perjalanan tidak kurang dari dua marhalah.Solat yang diqasarkan hendaklah solat zuhur, asar dan isyak sahaja.Hendaklah diniatkan qasar dalam niat solat.Tidak boleh berimam orang yang solat penuh (sempurna).Berkekalan perjalanan sehingga sempurna solat.Dia tahu orang musafir itu harus mengerjakan solat qasar.
Niat Solat Jamak dan Qasar
Jamak Taqdim dan Qasar
Zuhur-Asarأصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya asar tunai kerana Allah Taala”.أصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إلي الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada zuhur tunai kerana Allah Taala”.
Maghrib-Isyakأصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إليه العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana Allah Taala”.أصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إلي المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada maghrib tunai kerana Allah Taala”.Jamak Takhir dan Qasar
Asar-Zuhurأصلي فرض العصر ركعتين قصرا مجموعا إليه الظهر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zuhur tunai kerana Allah Taala”.أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلي العصر أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepada asar tunai kerana Allah Taala”.
Isyak-Maghribأصلي فرض العشاء ركعتين قصرا مجموعا إليه المغرب أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya maghrib tunai kerana Allah Taala”.أصلي فرض المغرب ثلاث ركعات مجموعا إلي العشاء أداء لله تعالى
“Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepada isyak tunai kerana Allah Taala”.
Cara Mengerjakan Solat Jamak dan Qasar
Di sini saya datangkan cara mengerjakan solat jamak dan qasar berdasarkan penerangan Ustaz Sulaiman Endut dalam bukunya Asas-asas Fardhu Ain, iaitu seperti berikut :
Solat zuhur dan asar itu hendaklah dilakukan dalam waktu zuhur. Kalau jamak takhir hendaklah dilakukan dalam waktu asar.
Berdiri lurus mengadap kiblat.
Berniat hendak mengerjakan solat zuhur secara jamak taqdim dan qasar. Kalau jamak takhir solat jamak dan qasar pada waktu terakhir.
Setelah itu kerjakan solat zuhur sebanyak dua rakaat sehingga selesai memberi salam.
Kemudian berdiri semula untuk mendirikan solat yang kedua iaitu asar.
Berniat untuk mengerjakan solat asar secara jamak takhir.
Kerjakanlah solat asar sebanyak dua rakaat sehingga selesai.
Kalau qasar jamak taqdim atau jamak takhir antara solat maghrib dan isyak, maka hendaklah niatkan solat maghrib secara jamak takdim atau jamak takhir sahaja tanpa menyebut qasarnya.
Sumber mforum2

Saturday, November 1, 2014
7 Jenis Perwarna Makanan Yang Perlu Diketahui
1.Carmoisine
atau kemerahan
Perwarna ini menyebabkan kanser,alahan dan keracunan makanan.Kod yang biasa digunakan ialah E122
2.Briliant Blue
Dikatakan pewarna jenis ini menyebabkan kanser,kerosakan kromosom,alahan dan hyperaktif kepada kanak-kanak.Kod yang digunakan ialah E133.
3.Tartrazine atau jingga kekuningan
Bahaya pewarna ini menyebabkan kanser,merangsang migrain dan alahan.Kodnya ialah E102.
4.Sunset Yellow
Jelas bahawa pewarna ini menyebabkan kanser kepada manusia.Negara maju seperti Norway,Sweden dan Finland telah mengharamkan penggunaanya.Kod yang digunakan ialah E110
5.Ponceau 4R
Jenis pewarna ini menyebabkan kanser,alahan,lelah dan pembengkakan tisu.Kod yang digunakan ialah E124
6.Amaranth
Namanya sahaja kita sudah tahu bahawa pewarna ini telah memberi amaran bahaya kepada kesihatan.Kod yang digunakan ialah 123
7.Erythrosine atau Red no.3
Ujian yang dillakukan ke atas haiwan didapati menyebabkan tumor tiroid.Selain itu menyebabkan lelah,ruam dan hyperaktif.Kod yang digunakan ialah E127
Sumber; Buku Makan Berbahaya terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang 2002

Saturday, September 27, 2014
Lawak!!!Apabila Kek Ditempah Tidak Menjadi Yang Seperti Di Harapkan!!!
Seorang wanita dari Queensland,Puan Nicole William memberitahu
bahawa kek yang ditempah oleh dia untuk anak-anaknya sempena hari jadi
mereka tidak sama seperti yang dia ingini apabila kek itu menimbulkan ketakutan
kepada anaknya yang berusia 4 tahun.Ianya amat berbeza dengan apa yang yang diberitahu
oleh pembuat kek tersebut dimana dia memberitahu bahawa dia boleh melakukan apa
saja jenis kek yang diminta dan turut menunjukkan gambar sebagai bukti kepada dia.
Namun selepas dia membuka kotak dia terkejut melihat
kek yang ditempah amat berbeza.Anak bongsunya menangis kerana takut melihat kek
tersebut kerana ia kelihatan seperti watak dalam cerita seram.
Menurut beliau lagi dia bersetuju untuk membayar $ 50
untuk dua set kek tersebut.Beliau yang tidak berpuas hati mengadukan hal itu ke
kedai terbabit.Bagaimanapun pemilik tersebut mendakwa dia mempunyai gambar bahawa
anak-anaknya telah memakan kek berkenaan. 'Saya benar-benar keliru kerana bagaimana dia mempunyai gambar anak-anak
saya sedang makan. Dia juga berkata, saya tidak berhak untuk menuntut bayaran
balik dan mula mengabaikan semua mesej saya.
Kek gagal: Seorang lagi pasangan Cody Brown, 20 dan pasangannya Chloe Davis, 20 memberitahu mereka
juga berhadapan dengan situasi yang sama apabila kek dinosaur yang ditempah (kiri)dari
kedai itu.Mereka mendapat kek yang amat berbeza (kanan).Mereka bagaimanapun
bernasib baik apabila ada dua orang tidak dikenali menawarkan diri untuk membuat kek
yang sama tanpa mengenakan sebarang bayaran.
CONTOH LAIN:KEK YANG GAGAL DIBUAT
Sumber dailymail
Wednesday, September 24, 2014
6 Fakta Tentang Malaysia Yang Kebanyakkan Kita Tidak Tahu
Tahukah
anda, ada beberapa fakta tertentu yang masyarakat Malaysia tidak tahu
mengenai negara mereka sendiri. Adakah anda, warga Malaysia, tahu
akan fakta2 ini?
Fakta Pertama:Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji
Fakta Pertama:Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji
Stesen
Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji
sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform
keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung
di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap
mampu menampung berat salji setebal 2 kaki. Mengapa ini berlaku?
Ini adalah kerana arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback, seorang bekas Brigadier Jeneral British di zaman perang dunia pertama, terpaksa mengikut peraturan pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa British yang menggunakan piawaian pembinaan "British Standard" walaupun di koloni British di Malaya adalah beriklim tropika.

Fakta Kedua:KL ibukota kilat di dunia
Tahukah anda, KL adalah ibukota di dunia yang paling banyak menerima panahan kilat / petir di dunia? KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana2 kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun.
Ini disebabkan iklim Malaysia yang merupakan iklim tropika Khatulistiwa. Kuala Lumpur terletak betul2 berhampiran dengan garisan Khatulistiwa dimana kerap berlakunya pembentukan awan ribut petir.
Info tambahan, tahukah anda mercu tanda kebanggaan kita iaitu Menara Berkembar Petronas sebenarnya juga berfungsi sebagai pengalir kilat? Ya, dalam pembinaan Menara Berkembar berkenaan, elemen panahan petir turut diambilkira dalam senireka binaan Menara Petronas. Ada rangkaian kerja logam hingga ke tanah yang dipasang pengalir khusus untuk mengalirkan arus kilat ke dalam sistem pembumian.
Fakta Ketiga:
Jambatan
Gantung Tertinggi di dunia terletak di Sabah, Malaysia
Tahukah
anda, bahawa Malaysia mempunyai Jambatan Gantung (Suspension Bridge)
yang tertinggi di dunia? Umum tahu bahawa Gunung Kinabalu yg setinggi
4095 meter yang 10 kali ganda lebih tinggi drpd Menara Berkembar
Petronas & lebih kurang separuh ketinggian Gunung Everest di
Himalaya. Tetapi, ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan jambatan
gantung tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu!
Jambatan gantung berkenaan dipasang betul2 pada ketinggian lebih 3600 meter dari aras laut! Anda perlu mendaki hingga ke kem Laban Rata dengan ketinggian 3200 meter dari aras laut. Dari sana, anda perlu melalui jalan Via Ferrata iaitu sistem jalan besi terlindung teknologi Itali yang dipasang pada lereng Gunung Kinabalu sebelum sampai ke Jambatan Gantung berkenaan. Jambatan Gantung Gunung Kinabalu adalah sepanjang 22 meter sahaja.
Info tambahan, sistem laluan besi terlindung Via Ferrata di gunung Kinabalu juga merupakan jalan Via Ferrata tertinggi di dunia dan yang pertama di Asia!
Fakta Keempat:Serangga Terpanjang di dunia didapati di Sabah, Malaysia

anda, terdapat satu spesies serangga yang terpanjang di dunia hanya
boleh didapati di hutan belantara di Sabah? Spesies ini hanya baru
ditemui pada tahun 2008 oleh pakar pengkaji serangga, dan merupakan
salah satu dari 10 spesies baru dijumpai yang terkenal.
Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba.
International Institute for Species Exploration, Arizona State University & Jawatankuasa Taxonomi Antarabangsa memilih serangga ini sebagai salah 1 dari "The Top 10 New Species" pada 2008 dan BBC pula meletakkan penemuan serangga ini sebagai salah 1 dari 10 penemuan terkini dalam dokumentari Decade of Discovery pada tahun 2010!
Info tambahan, di hutan Sabah juga terdapat pokok Seraya Kuning Siput, pokok tropika tertinggi di dunia dengan ketinggian hingga 88.32 meter!
Fakta Kelima:Lokasi Lipas terbanyak di planet Bumi ialah di Malaysia

Tahukah anda, lipas adalah antara sejenis hidupan yang mampu hidup dan bertahan walaupun sesebuah kota musnah akibat serangan nuklear? Tapi, adakah anda tahu, dimanakah tempat dimana berkumpulnya lipas paling banyak di dunia? Hehehehe, ia juga terletak di Sabah ....
Gua Gomantong di Sabah mempunyai populasi serangan lipas terbanyak di dunia! Fuhh, tidak disangka bukan? Gua itu juga terkenal kerana agak busuk bau di dalamnya. Ini kerana bauan berkenaan adalah longgokan timbunan tahi kelawar yang bersepahan di lantai gua. Ratusan ribu lipas memenuhi lantai, dinding dan bahagian atas gua, pendek kata, memenuhi setiap ceruk ruang gua berkenaan!
Ini disebabkan gua berkenaan menyediakan tempat perlindungan yang sesuai bagi pembiakan lipas dengan pelbagai macam kekotoran, kelam, & suasana lembap yang digemari spesies lipas ini. Najis2 kelawar (guano) yang bertimbun, bangkai anak2 kelawar & anak burung layang2 semuanya membekalkan makanan yang segar kepada para lipas penghuni gua ini lalu membentuk ekosistem yang memihak kepada sang lipas.
Selain jutaan lipas yang menghuni Gua Gomantong, Gua ini terkenal dengan populasi burung layang2 & merupakan tempat tinggal lebih 2 juta ekor kelawar.
Fakta
Keenam:Jalan
Bulatan Trafik (Roundabout) terbesar di dunia adalah di Malaysia
Tahukah
anda, Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya
adalah jalan bulatan roundabout terbesar di dunia mengelilingi 3.4
kilometer panjangnya.
Dengan lebih kurang 15 sistem jalan keluar / masuk di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, tahukah anda Tun Dr M yang mencadangkan sistem roundabout berkenaan setelah mendapat ilham semasa lawatan rasmi beliau ke Paris dan melihat bulatan Avenue des Champs Elysees semasa perarakan peringatan Hari Bastile. Dari situ, sebagaimana resam Tun Dr M yang sememangnya mahukan infrastruktur lebih besar dari Barat (mega projek dengan semangat Malaysia Boleh!), beliau mencadangkan satu sistem jalan roundabout yang cukup besar mengelilingi Putrajaya yang mampu menampung perarakan yang besar seperti perarakan Hari Kemerdekaan.

Kesan Meninggalkan Solat Lima Waktu
SEKSA
MENINGGALKAN SOLAT
"Apakah yang menyebabkan kamu semua masuk
neraka Saqar ini?Mereka menjawab:Kami tidak termasuk golongan orang
orang yang bersembahyang." (AlMudathsir:42,43)
Barang siapa yang meninggalkan sembahyang fardu,
seksanya umpama:-
Subuh:
Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka jahanam selama 60 tahun.
Zuhur:
Dosanya seperti membunuh seribu orang Islam.
Asar:
Dosanya seperti meruntuhkan Kaabah.
Maghrib:
Dosanya seperti berzina dengan ibu atau bapanya sendiri.
Isyak:
Allah berseru kepada mereka, "Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi reda engkau tinggaldi bumi-Ku dan menggunakan nikmat-nikmat Ku."Segala gerak-gerinya seperti pakai,makan,tidur adalah berdosa kepada Allah.

SEKSAAN KETIKA HIDUP DI DUNIA
Allah kurangkan
keberkatan umurnya. Rezekinya dipersempitkan oleh Allah. Tidak ada
tempat baginya di sisi agamaIslam. Doanya tertolak. Hilang cahaya
soleh dari wajahnya. Amal kebajikan yang dilakukannya langsung tidak
diberipahala.
Seksaan Ketika Sakaratul Maut
Ia akan menghadapi sakaratul maut dalam keadaan hina. Matinya dalam keadaan menderita kelaparan.Matinya dalam keadaan yang tersangat haus walaupun diberi minum air sebanyak tujuh lautan.
Seksaan Ketika Di Dalam Kubur
Allah akan menyempitkan kuburnya dengan sesempit-sempitnya.Kuburnya akan digelapkan. Allah akanmenyiksanya dengan pedih sehingga hari Qiamat.
Seksaan Ketika Berada Di Akhirat
Ia akan dibelenggu dan diseret ke padang Mahsyar oleh malaikat. Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan belas kasihan. Allah tidak akan mengampuni dosanya dan dia akan disiksa dengan keras di dalamneraka.
SEKSA NERAKA
HUKUM MENGUMPULKAN DUA WAKTU SEMBAHYANG
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja mengabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya)
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut
Saad bin Abi waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawabbaginda "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain.Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail".
Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas" Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu mereka neraka jahanam tempat kembalinya".
Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda

"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang
tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasukipintu besar
dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)
Wallahua'lam
Wallahua'lam
Monday, September 22, 2014
Tidur Di Atas Buaian Yang Terletak Beribu-ribu Kaki Di Banjaran Alps
Tidak
semua orang akan merasa seronok berbaring dalam buaian yang
digantung beribu-ribu kaki di udara di antara gunung-ganang.Berbeza bagi ahli kumpulan atlet ini yang telah mengembara untuk
mengambil bahagian dalam Mesyuarat Highline Antarabangsa di Monte
Piana, Itali. satu pengalaman luar biasa bagi mereka.
Bayangkan sebelum berjaya membuat buaian mereka perlu merentasi ketinggian dengan berjalan diatas tali tegang.
Jom tengok gambar yang berjaya dirakam dalam ekspedisi yang sangat mencabar ini....
Sumber Dailymail
Friday, September 19, 2014
Lelaki Ini Merupakan Babysitter Terkaya Di Dunia
Seorang pemuda Michael Kenny, 18, nekad mengikuti kelas
asuhan kanak-kanak yang sebelum ini hanya melibatkan golongan wanita di
Britain. “Selama ini, saya hanya bergelumang dengan dunia sukan ragbi, langsung
tidak pernah masuk ke dapur rumah dan hanya memanaskan makanan di dalam ketuhar
pemanas sahaja.
“Malah tidak pernah terlintas dalam fikiran bahawa ada
pekerjaan mengasuh selain ia wujud dalam filem dan drama bersiri,” kata
Michael. Namun pemuda itu kini bergelar bakal siswazah di institut berprestij
Kolej Norland dalam bidang asuhan kanak-kanak dan telah memecah rekod tradisi
gender yang dipegang kaum wanita sejak 120 tahun lalu.
Pada akhir pengajiannya, Michael akan bergelar sebagai
pengasuh elit yang hanya akan mengasuh anak-anak kerabat diraja, bintang-bintang
terkenal serta kaya di Miami, Geneva dan Los Angeles dengan gaji sebulan £50,000
(RM248,048).
Selain menghabiskan pengajian selama empat tahun di dalam
kelas yang majoritinya adalah wanita, Michael tidak menganggap pekerjaan yang
bakal dilakukannya itu adalah tugas kaum hawa sahaja serta tidak berstandard.
Sumber mforum
Jangan Lakukan 7 Perkara Ini Selepas Makan
Apakah yang sering anda lakukan selepas makan?? Tahukah anda terdapat 7 perkara yang sering kita lakukan sebenarnya akan merbahayakan kesihatan anda?? Jom kita baca apakah
yang bahaya sangat tu.. Jangan Lakukan 7 Perkara Bahaya Ini Selepas
Makan
1.Jangan merokok dimana eksperimen dari yang pakar membuktikan bahawa menghisap rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok…tu yang kate best lepas makan tuh
( kebarangkalian untuk mendapat kanser adalah lebih tinggi )
2. Jangan terus makan buah – makan buah selepas makan akan
menyebabkan perut menjadi buncit kerana dipenuhi udara. Sebaiknya makan
buah-buahan 1-2 jam selepas makan ataupun 1 jam sebelum makan
3. Jangan minum teh - ini kerana daun teh mengandungi asid
yang tinggi. Kandungan in akan menyebabkan kandungan Protien dalam makanan
menjadi keras dengan itu susah untuk dihadam.
4. Jangan longgarkan tali pinggang anda – ini akan
menyebabkan usus tersekat
5.Jangan mandi selepas makan – ini akan menyebabkan pertambahan
pengaliran darah ke tangan, kaki dan badan oleh itu pengaliran darah pada perut
akan berkurangan dan dengan ini akan melemahkan sistem penghadaman di dalam
perut.
6.Berjalan-jalan – Berjalan akan menyebabkan sistem
penghadaman menjadi tidak boleh menyerap nutrien dari makanan yang dimakan
7. Terus tidur - Makanan yang dimakan tidak akan dihadam
dengan sebaik2nya. Dengan ini akan membawa kepada sakit gastrik dan jangkitan
kepada usus anda.
Kepada anda..mesti pernah amalkan nie semua kan kan… Jadi
selepas ini, jangan lakukan 7 perkara di atas, demi kesihatan sejagat.. Jangan Lakukan 7 Perkara Bahaya Ini Selepas Makan
sumber gilerkentang
Thursday, September 18, 2014
Tanda Terkena Santau dan Cara Mengelakkan Santau
Santau terbahagi kepada dua:
Jenis Pertama – Santau yang diperbuat daripada adunan
tertentu secara hakiki iaitu tidak melibatkan jin dan syaitan. Santau jenis ini
agak mudah dirawat.
Jenis Kedua – Santau yang disertai dengan pemujaan terhadap
jin dan syaitan. Santau ini juga dikenali dengan ‘Santau Angin’. Santau ini
agak sukar dirawat kerana ia melibatkan jin yang memiliki sayap dan terbang di
udara. Biasanya mangsa akan menjadi kurus kering.
Secara umumnya, santau ditujukan kepada mangsa bertujuan
seperti berikut:
- Membalas dendam kepada si mangsa kerana sebab-sebab
tertentu.
- Iri hati dan hasad dengki terhadap orang lain.
- Ingin menguji tahap kekuatan atau ketahanan kebatinan
seseorang.
- Sebagai medan menguji tahap kekuatan dan kesan santau yang
dimiliki.
- Membuang santau. Santau angin mesti dibuang pada masa
tertentu. Jika tidak berbuat demikian, santau tersebut akan memakan tuannya dan
keluargannya.
- Mencari rezeki melalui upah untuk kenakan santau kepada
seseorang.
Bahan-bahan Santau:
- Bahan yang berbisa seperti bisa ular tedung senduk, ular
kapak dan katak puru bertanduk.
- Bahan miang seperti miang buluh, ulat bulu, miang rebung,
tali guni dan sebagainya.
- Bahan yang tajam dan melukakan seperti kaca, jarum, berus
besi, rambut, kuku manusia atau binatang dan sebagainya.
- Bahan yang boleh membuat seseorang itu tidak dapat tidur
seterusnya menjadikan bodoh seperti kura-kura, tulang dagu kera duku, uri
kucing, biji mata kelawar dan burung jampuk.
Tanda-tanda terkena santau:
Jika seseorang mempunyai ciri-ciri berikut maka beliau
disyaki telah terkena santau:
- Batuk yang berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan
bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
- Istihadah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu
hingga tiga bulan atau lebih.
- Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan
malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat
Jumaat.
- Sakit sesak nafas terutaman waktu Maghrib.
- Lenguh seluruh anggota badan.
- Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Mimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu.
- Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan
sembilu.
- Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak
tersebut.
- Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
- Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi.
- Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke
tempat-tempat ibadat agama bukan Islam.
- Sentiasa sakit pada tulang belakang
- Bawah matanya biru (Seperti orang tak cukup tidur)
Kesan-kesan Santau:
Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti
berikut:
- Boleh membawa maut dengan izin Allah s.w.t.
- Hilang daya ingatan
- Kulit akan menjadi merekah dan keluar air bisa dan nanah,
- Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali sebagai
seorang bersifat penyakit menjadi seorang yang panas baran.
- Badan menjadi bongkok disebabkan batuk yang berpanjangan.
- Badan menjadi licin kerana seluruh bulu di badan telah
gugur.
- Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang
selalu terganggu.
- Terjadinya ‘saratan’ atau kanser dan ketumbuhan.
- Jika hamil mungkin akan mengalami keguguran.
Panduan Mengesan Kehadiran Santau:
Apabila orang yang terkena santau angin, makan limau nipis
atau nenas bersama kicap dan mereka akan muntah darah kerana santau itu
berlawanan dengan bahan berkenaan dan pesakit juga berasa sakit pada seluruh
anggota badan seperti dicucuk dengan benda tajam.
Panduan untuk kita mengesan kehadiran santau bila kita makan
di kedai makan ataupun di restoran daripada Pengasas Pusat Rawatan Islam Darul
Ruqiyyah, Ustaz Mohd Suhaimi Bin Rozali:
Ketika mengambil makanan, jangan mencampurkan kuah lauk
dalam nasi, tetapi kedua-duanya hendaklah diasingkan dalam bekas yang berbeza.
Pastikan kuah lauk yang dihidang tidak berbau basi kerana kemungkinan ia
mengandungi racun santau.
Bagi minuman pula, pegang gelas seperti biasa manakala jari
kelingking ditekan pada bawah gelas jika rasa sakit seperti digigit semut api
maka ia mengandungi santau
Ayat Pelindung Diri dari Santau
Semoga ilmu ni
bermanfaat untuk semua:-)
Sumber mforum
Wednesday, September 17, 2014
Pulau Kucing di Negara Jepun
Sebuah pulau di daerah Fukuoka, Jepun mempunyai tarikan
istimewa terutama bagi peminat kucing. Ini kerana, kucing-kucing ini bebas
merayap ke mana mana sahaja di dalam pulau tersebut tanpa risau akan dikejar
atau dihalau.
klik di gambar untuk besarkan image |
klik digambar untuk besarkan image |
Kucing-kucing ini akan diberi makan oleh penduduk setempat
yang kebanyakkanya adalah pelayan. Kucing separa liar ini hidup dengan aman dan
penduduk setempat amat menghormati kucing-kucing ini.
klik digambar untuk besarkan image |
klik digambar untuk besarkan image |
klik gambar untuk besarkan image |
Kucing dan penduduk disini berkongsi satu hubungan yang
menakjubkan, boleh memancing ikan bersama ataupun bermain dengan kanak-kanak.
Seorang jurugambar, Fubirai telah mendokumentasi kehidupan kucing ini selama 5
tahun dipulau yang terletak di utara Kyushu, Jepun.
klik gambar untuk besarkan image |
klik gambar untuk besarkan image |
klik gambar untuk besarkan image |
klik gambar untuk besarkan image |
Source nekomemo
Subscribe to:
Posts (Atom)